Jumaat, 19 Februari 2010

Birokrasi Solusi

Ok,aku ciplak cite ni untuk kita baca sama-sama...

KERENAH BIROKRASI

"Saya orang miskin.Terlalu lapar,bantulah saya,"rayu seorang pengemis yang nampak begitu daif.
Pegawai yang menjaga perbendaharaan negara itu merenung pengemis itu dari atas ke bawah."Betulkah awak orang miskin?"tanyanya.
"Memang tuan.lihat sahaja tubuh kurus ini. Tuan lihat sahaja pakaian saya yang buruk ni,"balas pengemis lebih hiba.
"Tapi sekarang ramai penipu entah-entah awak seorang daripadanya."
"Tidak tuan,tolonglah,saya lapar."
Pegawai mencatat sesuatu di atas kertas.
"Baiklah pada dasarnya saya terima pengaduan awak.Tapi saya akan hantar juga pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak."
"Latar belakang saya?"
"Ya.Awak tahu menulis?"
Pengemis tambah hairan.Kemudian dia mengangguk-angguk."Bolehlah sedikit-sedikit."
"Kalau begitu,isi cepat borang ini,"perintah pegawai.
"Saya lapar tuan..."
"Sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ini terlebih dulu,"balas pegawai.
Setelah borang diisi dengan keadaan terketar-ketar kelaparan pengemis merayu lagi,"boleh berikan saya sedikit makanan."
"Oh,belum boleh lagi.Kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin.Kemudian laporan itu perlu disahkan oleh ketua perbendaharaan."
"Berapa lama semua ini akan selesai?"
"Terpulang pada keadaan.Jika pegawai penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan,bantuan akan segera diberikan."
"Bantuan dalam bentuk apa?"
"Itu pihak kewangan pula akan memutuskan.Sama ada diberi dalam bentuk wang atau barang-barang keperluan.Selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada pihak operasi."
"Pihak operasi?"
"Ya,kami takut nanti bantuan kewangan disalah gunakan.Jadi itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci."
"Bila agaknya saya dapat makan? Saya sudah 3hari tidak makan apa-apa."
"Ya,saya faham tetapi kita perlu mematuhi kaedah pengurusan."
"Berapa lama agaknya?"
"Paling cepat seminggu, tetapi terpulanglah pada keadaan..."
Pengemis kecewa.Apakah ketika segala urusan selesai dia masih hidup untuk mendapatkannya?

Pengajaran:Kaedah pengurusan yang bertindih dan terlalu rumit akan menyebabkan tujuan asalnya tidak kecapaian. Ramai yang merasakan"bekerja" padahal dia hanya menyulitkan keadaan. Kerenah birokrasi yang terlalu banyak, sering menyebabkan kerja yang mudah, segera dan penting menjadi terbengkalai.