Isnin, 22 Jun 2009

Wei Melayu!! CHIN PENG nak balik,LANTAK DIA LAH...





Bukan lah perang pun Chin Peng nak balik!..Cak pong cak pong...Habis bising Melayu Malaysia bila mendengar komunis tua itu nak balik kampung. Bagi aku yang bising2 tu cuma Melayu2 yang poyo!! Tak guna satu sen pun!! Lantak dialah nak duk Malaysia ke apa ke!! Apa nak herannya?? Sebab dia komunis?? Berlambak dah Cina komunis hari ni masuk Malaysia.Malah Malaysia pun ada hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. Baru-baru ni PM Malaysia pun ada pi jumpa bapak komunis kat Republik Cina sana... Bukalah minda sikit.Jangan takut tak tentu pasal.Lagi pun isu komunis ni bukab isu orang cina sahaja.Tokoh komunis melayu pun ramai...Jika Chin Peng atau sesiapa pun lagi tokoh komunis di hutan Siam itu tak dibenarkan balik Malaysia pun,tidak mustahil ideologi komunise tetap boleh berkembang di Malaysia dengan pelbagai cara.Dunia sekarang sudah moden..
Takut ideologi komunis ni hidup kembali?? Jika kerajaan memerintah tidak menindas,bukan sahaja anasir komunisme akan lumpuh malah segala bentuk anasir sesat tidak akan diterima rakyat.Malaysia yang sudah matang dan bijak pandai belaka ini..Cuba kita imbas kembali kenapa ramai Melayu menyertai PKM pada zaman British dan Jepun dahulu. Bawak2 pergi perpustakaan baca sejarah2 Malaysia. Jangan duk baca sejarah arus perdana sahaja.
Ada yang kata isu komunis nak balik ni sensitif sangat. Konon-kononnya lah... Sebab datuk nenek kita dulu banyak yang diperlakukan dengan kejam oleh PKM dulu-dulu.Kena bunuh,kena macam-macam la.. Kalau nak kira macam tu susahlah nak cakap. Abis,dulu-dulu orang Jepun tak kejam kat datuk nenek kita?? British yang menjajah tanah kita dulu sekarang kita sanjung. Pakai MANUAL British untuk tadbir negara pulak!!.. Bukan aku nak sanjung ideologi komunis tapi aku rasa perjuangan PKM dahulu tidak sama seperti yang di propagandakan.Pernah tak kita terpikir Melayu atau Cina dulu-dulu yang diperlakukan dengan kejam oleh PKM adalah merupakan ahli PKM sendiri yang khianat kepada PKM. Sebab itu mereka di hukum.Juga askar dan polis melayu yang terkorban angkara komunis.Mereka terkorban untuk mempertahankan tanah melayu atau mempertahankan kepentingan dan jajahan British??Bimbang ideologi komunisme di terima rakyat?? Wei... Baik kita risau tentang ideologi dan pegangan yahudi yang sudah kuat jadi amalan kehidupan rakyat Malaysia hari2.. YAHUDI paling bahaya dalam dunia.. Kita dok biarkan keluarga dan kawan-kawan ikut cara hidup dan berkiblatkan yahudi..
Maka marilah kita membaca tentang sejarah semula. Dan aku akan cuba tulis tentang PKM selepas ini.Bawak2 la pergi perpustakaan atau tanya abang kita malahan sesiapa saja yang tahu tentang sejarah.. Melayu bodoh bukan sebab tidak belajar sains dan math dalam bahasa inggeris tetapi dek kerana malas membaca dan suka percaya pada propaganda ,dongeng,mitos,cerita mulut ke mulut,lagenda dan cerita tahyul sama macam aku..
Cerita tahyul dongeng yang masih kuat jadi pegangan orang melayu ialah cerita yang kononya kalau ada parti lain selain dari UMNO /BN yang memeritah Malaysia maka rakyat Malaysia akan makan fries ubi kayu hari2.. Lawak2...
Lagi satu kalau ada melayu yang nak jadi pahlawan setia,nak tiru dongeng hang tuah.. Bangga sangat dengan lagenda Hang Tuah. Sedangkan Hang Tuah lah pahlawan yang tak guna. Setia pada pemerintah membabi buta!! Kita kalau nak setia biarlah kepada pemerintah yang taat kepada Allah dan Rasul.Apa hebatnya Hang Tuah??Bawak lari anak dara orang?? Bunuh Jebat dengan cara menipu?? Apa jasa Hang Tuah untuk Agama dan negara??Hang Tuah ni hanya sekadar popular tetapi tiada kualiti. Ramai lagi pahlawan sebenar yang berkualiti untuk kita sanjung dan ikuti seperti Tok Janggut,Mat Kilau,Tok Gajah,Dato Bahaman dan lain-lain..
Lagi satu,kalau dekat-dekat hari merdeka sibuk cerita perjuangan Leftenan sipolan sipolan.. Yang konon wira negara.Wira negara ke wira British penjajah?? Mati untuk tanah melayu ke mati untuk British? Sama macam muka 2,3,4 orang yang terpampang merata-rata yang kononnya berjuang untuk kemerdekaan.. Berapa pain darah,keringat dan air mata yang muka-muka tu tumpah berjuang?? Pejuang kemerdekaan atau pewaris penjajah?? Wira negara kah atau Anjing Imperialis??
MAKA,UNTUK TAHU KEBENARAN...
PERGI PERPUSTAKAAN,BACA BUKU ATAU TUNGGU.......

Tiada ulasan: