Selasa, 20 Oktober 2009

satu sekolah untuk semua


  • Kita boleh lihat beberapa elemen tidak sihat dan menjadi ancaman kepada perpaduan malah kedaulatan negara itu sendiri.Ianya di semai secara tidak langsung di dalam diri pelajar2 di sekolah jenis perkauman ini.Antara yang ketaranya mereka warga pendatang samada dari cina atau india dahulunya masih tiada jati diri sebagai malaysian walaupun setelah 52 tahun kita merdeka.Mereka2 ini masih kuat malah makin tebal semangat kebangsaan negara2 asal usul mereka.Masih belum bersedia menjadi malaysian agaknya.Dan generasi2 baru mereka pun di kekalkan semangat perkauman itu.Seharusnya mereka2 ini serap kan pada generasi baru mereka untuk BERIBUNDAKAN malaysia.Bukan mewariskan semangat kolot perkauman dan kelirukan mereka sehingga menganggap china atau india sebagai IBUNDA.Mereka adalah malaysian yg berketurunan cina atau india bukan lagi rakyat tanah besar china atau india seperti datuk nenek moyang mereka.Nampak tak kekeliruan di sini.Kekeliruan inilah antara sebab mereka tolak sistem persekolahan dalam satu bahasa kebangsaan malaysia(bahasa ibunda SEMUA rakyat malaysia tidak mengira kaum) kerana masih anggap bahasa ibunda mereka bahasa china dan tamil.Disini lah ketegasan kerajaan dituntut untuk hentikan dan sedar kan mereka ini dari kekolotan dan kebodohan kesilapan identiti ini.

    Kekeliruan inilah antara penyebab rakyat berbilang kaum di malaysia bagaikan hidup berpuak2 dalam dunia perkauman masing2 dan berperang dingin antara mereka. Dipropaganda2 pula dengan iklan2 hari perayaan,iklan hari merdeka dan iklan2 kempen kerajaan yg menunjukan betapa majmuknya malaysia ini kononnya,maka tiada lah usaha untuk perbetulkan hakikat sebenarnya.Kita kena realistik untuk akui malaysia tidak semajmuk yg di gambarkan.Kucar-kacir.Perang dingin!

    Ini bukan provokasi atau hasutan.Sudah tiba masa untuk berubah.Berani untuk berubah.Bukan hanya dengan berani menolak sama sekali politik berasaskan kaum tetapi inilah masa untuk mansuhkan semua sekolah jenis kebangsaan yg berasaskan satu2 bangsa sahaja malah apa sahaja pertubuhan serta anasir2 yg menjadi punca utama kepada masalah perpaduan kaum di malaysia selama ini harus hapuskan sama sekali .Sebelum ianya semakin parah dan sukar untuk di bendung.Untuk lahirkan bangsa malaysia yg kuat dan gemilang di mata dunia.Bangkit lah kerajaan sebagai kerajaan yg merdeka.
    Semoga satu hari nanti di malaysia tiada lagi;
    warta berita ,iklan,poster,kain rentang,surat khabar atau papan tanda dalam bahasa cina,tamil atau lain2 lagi kerana rakyat malaysia pelbagai kaum ini sudah faham dan dapat menguasai bahasa kebangsaannya sendiri...hahahahaha

    wallahualam

Isnin, 19 Oktober 2009

satu sekolah untuk semua


1.SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN
TULISAN INI UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com)
Masalah perpaduan kaum di malaysia tidak mungkin selesai selagi kerajaan yg memerintah masih tidak merdeka dan tegas.Penyatuan dan perpaduan ini adalah perkara yg serius serta menuntut ketegasan malah tiada kompromi di dalam beberapa hal dan harus di tangani dengan praktikal oleh semua kerajaan di dunia.Perkara ini akan hanya lebih memudharat kan jika hanya di politik kan.


Kita tidak boleh mengatakan perpaduan ini wujud hanya dgn melihat senario politik semasa di malaysia. Ini kerana perpaduan kaum dalam parti politik hanyalah untuk menjaga kepentingan kuasa dan jaminan matlamat individu sahaja.Begitulah sebaliknya jika ada perpecahan dan perbalahan dalam parti. Hanyalah masalah perbezaan idealogi ahli politik itu sendiri.


kita bicara tentang perpaduan kaum yg sebenar!realiti! yang merentasi dogma politik jahanam mereka ini! tentang rakyat! bukan hanya dengan kata2 manis,tipu daya,lakonan.Meraih simpati dan undi,manipulasi dan memperbodohkan rakyat untuk matlamat dan nafsu politik mereka. Tidak mengira ahli parti politik apa dan PARTI mana! sama sahaja hanya hipokrit bila bicara tentang perpaduan kaum ini.
Antara mekanisma yg paling praktikal dan efektif untuk penyelesaian masalah perpaduan ini adalah dengan mewujud kan SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN sahaja .Tegas tanpa kompromi! untuk negara!demi malaysia tercinta! satu sistem persekolahan dan satu bahasa untuk semua anak2 malaysia.
Sebagai negara yg berbilang kaum rakyatnya, kita semua harus menolak sama sekali malah menghapuskan terus sekolah rendah atau menengah jenis kebangsaan cina,india atau apa sahaja jenis sistem persekolahan yg hanya berasaskan satu-satu bangsa dan kaum sahaja.Mengapa sejak kecil lagi kerajaan telah mengasingkan sekolah anak2 malaysia ini belajar?Inilah punca dan ibu kepada masalah perpaduan kaum di malaysia.Lahir ke dunia terus di asuh tentang perbezaan ini.
Siapakah dan apakah misi,muslihat dan rahsia mereka yg berkeras malah bermati-matian menolak sistem sekolah satu aliran ini?Apa masalahnya ? Apa yg ditakutkan sangat dengan bahasa kebangsaan ni?Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan utk semua rakyat. Bukan untuk melayu sahaja. Cina,india dan semua warganegara.Jangan nafikan fakta ini! Jangan main politiksempit dan tolol anda di sini.
Tiada masalah jika semua anak2 malaysia, merentasi perbezaan bahasa dan budaya bersekolah dalam satu sistem persekolahan dengan bahasa pengantar nya adalah bahasa kebangsaan.Termasuk matematik dan sains.Juga tambah kan mata pelajaran bahasa tamil,cina,inggeris dan bahasa lain mengikut keperluan di dalam sukatan pembelajaran mereka.Bukankah ini lebih realistik?
Inilah satu2nya sistem persekolahan yg mewujud kan perpaduan kaum bermula dari zaman persekolahan lagi,bersatu aman makmur tanpa batasan kaum,membentuk jati diri dan kecintaan terhadap negara serta mereka inilah bakal2 pemimpin malaysia yg sejati dan berkualiti yg akan bersama2 menjaga kedaulatan negara di samping mengangkat bahasa dan bangsa malaysia itu sendiri.
Mari lah semua rakyat tidak kira siapa atau apa pekerjaan serta taraf anda,fikir kan perkara ini setelus2nya tanpa prejudis.Saya tegas kan disini bahawa ini bukan suara sumbang yg berbaur perkauman,provokasi,anti dan hasutan.
Suara ini untuk MALAYSIA
Suara ini untuk KEPENTINGAN dan KEDAULATAN NEGARA
wallahualam