Isnin, 19 Oktober 2009

satu sekolah untuk semua


1.SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN
TULISAN INI UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com)
Masalah perpaduan kaum di malaysia tidak mungkin selesai selagi kerajaan yg memerintah masih tidak merdeka dan tegas.Penyatuan dan perpaduan ini adalah perkara yg serius serta menuntut ketegasan malah tiada kompromi di dalam beberapa hal dan harus di tangani dengan praktikal oleh semua kerajaan di dunia.Perkara ini akan hanya lebih memudharat kan jika hanya di politik kan.


Kita tidak boleh mengatakan perpaduan ini wujud hanya dgn melihat senario politik semasa di malaysia. Ini kerana perpaduan kaum dalam parti politik hanyalah untuk menjaga kepentingan kuasa dan jaminan matlamat individu sahaja.Begitulah sebaliknya jika ada perpecahan dan perbalahan dalam parti. Hanyalah masalah perbezaan idealogi ahli politik itu sendiri.


kita bicara tentang perpaduan kaum yg sebenar!realiti! yang merentasi dogma politik jahanam mereka ini! tentang rakyat! bukan hanya dengan kata2 manis,tipu daya,lakonan.Meraih simpati dan undi,manipulasi dan memperbodohkan rakyat untuk matlamat dan nafsu politik mereka. Tidak mengira ahli parti politik apa dan PARTI mana! sama sahaja hanya hipokrit bila bicara tentang perpaduan kaum ini.
Antara mekanisma yg paling praktikal dan efektif untuk penyelesaian masalah perpaduan ini adalah dengan mewujud kan SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN sahaja .Tegas tanpa kompromi! untuk negara!demi malaysia tercinta! satu sistem persekolahan dan satu bahasa untuk semua anak2 malaysia.
Sebagai negara yg berbilang kaum rakyatnya, kita semua harus menolak sama sekali malah menghapuskan terus sekolah rendah atau menengah jenis kebangsaan cina,india atau apa sahaja jenis sistem persekolahan yg hanya berasaskan satu-satu bangsa dan kaum sahaja.Mengapa sejak kecil lagi kerajaan telah mengasingkan sekolah anak2 malaysia ini belajar?Inilah punca dan ibu kepada masalah perpaduan kaum di malaysia.Lahir ke dunia terus di asuh tentang perbezaan ini.
Siapakah dan apakah misi,muslihat dan rahsia mereka yg berkeras malah bermati-matian menolak sistem sekolah satu aliran ini?Apa masalahnya ? Apa yg ditakutkan sangat dengan bahasa kebangsaan ni?Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan utk semua rakyat. Bukan untuk melayu sahaja. Cina,india dan semua warganegara.Jangan nafikan fakta ini! Jangan main politiksempit dan tolol anda di sini.
Tiada masalah jika semua anak2 malaysia, merentasi perbezaan bahasa dan budaya bersekolah dalam satu sistem persekolahan dengan bahasa pengantar nya adalah bahasa kebangsaan.Termasuk matematik dan sains.Juga tambah kan mata pelajaran bahasa tamil,cina,inggeris dan bahasa lain mengikut keperluan di dalam sukatan pembelajaran mereka.Bukankah ini lebih realistik?
Inilah satu2nya sistem persekolahan yg mewujud kan perpaduan kaum bermula dari zaman persekolahan lagi,bersatu aman makmur tanpa batasan kaum,membentuk jati diri dan kecintaan terhadap negara serta mereka inilah bakal2 pemimpin malaysia yg sejati dan berkualiti yg akan bersama2 menjaga kedaulatan negara di samping mengangkat bahasa dan bangsa malaysia itu sendiri.
Mari lah semua rakyat tidak kira siapa atau apa pekerjaan serta taraf anda,fikir kan perkara ini setelus2nya tanpa prejudis.Saya tegas kan disini bahawa ini bukan suara sumbang yg berbaur perkauman,provokasi,anti dan hasutan.
Suara ini untuk MALAYSIA
Suara ini untuk KEPENTINGAN dan KEDAULATAN NEGARA
wallahualam

Tiada ulasan: