Selasa, 13 Mac 2012

MELAYU BUKAN ISLAM DAN ISLAM BUKAN MELAYU

Melayu tidak semestinya islam dan islam bukan melayu.Di Malaysia LABEL yg melayu itu islam dan islam itu melayu mesti dihapuskan.Ini kerana LABEL itu memberi kesan yg sgt negatif terhadap islam itu sendiri.LABEL ini jugalah yg membuat kan bangsa selain melayu menjadi fobia,benci,trauma dan takut kpd islam.LABEL ini jugalah membuatkan islam di melayukan dan islam Jadi rosak apabila melayu yg menjaga islam bukan islam yg jaga melayu.Di malaysia kerana melayu dianggap islamlah yg membuat islam dipandang hina. Di malaysia juga banyak undang2 berkaitan islam di melayukan sesuka hati.Ini membuah kan kerenah birokrasi dalam hal zakat,cegah maksiat nikah kahwin,murtad,mualaf dll.Pemimpin2 besar dan raja melayu yg menjadi ketua juga LAMBANG agama islam tetapi isteri,suami dan zuriat sendiri tidak mampu utk menutup aurat.Remaja2 melayu yg rosak dgn dadah,arak,bohsia,gro,rempit,samseng,samun,ragut,hiburan melampau dan macam2 lgi.Pemimpin2 politik,pengarah jabatan kerajaan serta penguatkuasa undang-undang yg rasuah,menyeleweng,salahguna kuasa mengambil hak org dan macam2 lagi secara terang terangan sesuka hati..oang2 agama yg fatwanya hanya untuk rakyat biasa.melindungi dan mengampu orang atasan.Pelbagai lagi kerosakan yg melayu buat, boleh lah dikatakan di Malaysia ini melayu telah rosak akhlak dengan begitu teruk sekali. Melayu rosak! tetapi kerana LABEL itu islam pun jadi rosak.Bangsa lain tidak mahukan islam kerana melihat kerosakan itu.Mereka akan berkata untuk apa mereka islam sedangkan mereka lebih berahklak.Mereka mesti di beri kefahaman sebenar tentang islam.Melayu itu bukan islam.Yang membuat kerosakan itu adalah melayu bukan islam.JIKA MEREKA ISLAM MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKAN KEROSAKAN ITU SEMUA.Melayu itu sama sahaja dengan mereka yang tidak islam.Sama juga dengan bangsa cina,india,sikh dan orang asli yg bkn islam.Malah melayu lebih teruk kerana secara tidak sedar telah memberi penghinaan besar terhadap islam. Islam itu terlalu suci dan sempurna.Janganlah lagi kita kaitkan islam itu dengan bangsa.Jangan lagi melayu itu dianggap islam.MELAYU TETAP MELAYU,ISLAM TETAP ISLAM.MELAYU BUKAN ISLAM DAN ISLAM BUKAN MELAYU.SEMOGA KITA SEMUA MAHUKAN KAN ISLAM. jumpa lagi..

Tiada ulasan: