Jumaat, 16 Januari 2009

4.SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN(bahagian akhir)


Akhir sekali kita lihat pula masalah penguasaan bahasa kebangsaan ini di peringkat kepimpinan.Bagaimana kita ingin melihat masalah ini selesai jika pemimpin2 dari kalangan bangsa pendatang ini sendiri tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.Kita ambil contoh di parlimen.Bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Lim Kit Siang(abaikan) serta menteri2 dan timbalan2 menteri dari parti BN,ahli2 parlimen dari Pakatan Rakyat dan BN berketurunan cina dan india dan lain2 terkial-kial berbahas di dewan.Sungguh menyedihkan keadaanya apabila mereka yang berjawatan Menteri dan Tmbalan,YB2,Senator2 atau apa2 sahaja gelaran mereka pun termasuk yang veteran,muda belia,gemuk dan kurus juga tidak dapat bertutur dan memahami bahasa kebangsaan.Kita sememangnya maklum bahawa sessi perbahasan di Dewan Rakyat menggunakan bahasa kebangsaan.Apakah mereka2 ini dapat diharapkan untuk membawa atau membahaskan suara rakyat di Parlimen jika membaca teks yang disediakan pun tergagap-gagap?Mereka2 Tidak langsung mempunyai rasa hormat terhadap kedaulatan bahasa Malaysia.Apatah lagi untuk menghormati dan menjaga kedaulatan negara.Pendapat saya mereka2 ini langsung tidak layak untuk menjadi wakil2 rakyat atau menyertai tampuk pemerintahan.
Tahap yang paling menggila dan memang sukar untuk saya terima adalah dengan kenyataan We ka Siong dalam New Sunday Time bertarikh 30 okt 2008 tentang kertas peperiksaan SPM untuk subjek lukisan perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Tamil.Ini kerana puluhan sekolah di Melaka yang pelajarnya yang berketurunan Cina dan India tidak dapat memahami soalan dalam bahasa kebangsaan.Apa dungu sangat mereka2 semua ini?Inilah kualiti pelajar yang dihasil kan dari sekolah jenis kebangsaan samada Cina atau India.Mereka Inilah bakal2 pemimpin Malaysia akan datang.Apakah satu masa nanti sessi persidangan di Parlimen yang mulia akan bersidang dalam tiga bahasa?Ini adalah satu penghinaan dan menjatuhkan martabat bahasa kebangsaan.
Akhir sekali ingin lagi saya tegaskan ini bukan suara sumbang berbaur perkauman,hasutan dan niat provokasi.Cuma satu harapan untuk melihat Malaysia tercinta mencapai kemakmuran dan perpaduan kaum yang sejati.Merentasi batasan bangsa bersama-sama mengangkat dan mendaulat kan Malaysia.Semoga kerajaan yang kita hormati dan miliki hari ini dan untuk masa depan merupakan sebuah kerajaan yang merdeka,berani,tegas,bermaruah,hebat di mata dunia dan tidak mungkin tunduk pada tekanan atau desakan dari mana2 pihak serta terus teguh berdiri menjaga dan mempertahan kedaulatan AGAMA,NEGARA dan BANGSA MALAYSIA


WALLAUALAM

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sungguh kesian negara kita.. Isu ini telah pun di bincangkan oleh datuk najib dan tidak dihiraukan oleh kerana orang melayu kita turut menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina @ tamil.. Hanya ini alasan yang dapat diberikan oleh timbalan perdana menteri kita? Sungguh menyedihkan... Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri beliau seharusnya memikirkan keadaan yang akan datang dan tidak memperlekehkan isu sebegini. Memang sekarang keadaan nampak ok je tapi akan datang entah apa yang akan berlaku.. Buka lah sikit mata kerajaan kita ni.. Jangan lembap sangat.. Sampai bila kita hendak di jajah? Fikirlah semua rakyat Malaysia.. Tolak bahasa asing dan angkat bahasa kita setinggi-tingginya.. Insya Allah..