Isnin, 26 Januari 2009

# BABI! KEBANGGAAN MALAYSIA


"........setelah si babi yang merantau dari singapore,republik china,vietnam dan lain-lain negara itu merasa sesuai untuk hidup di Bukit Beruang itu,mereka pun terus tinggal secara HARAM di situ dengan aman tenteram sampai beranak cucu......"

Hari ini di Malaysia,iaitu sebuah negara yang Islam sebagai agama persekutuan nya dan majoriti rakyatnya adalah Muslim sudah boleh berbangga dan mendabik dada dengan kejayaan dan sumbangan babi beri yang bukan sahaja mengharum kan nama Malaysia malah kini rakyat dan Malaysia sangat bergantung hidup kepada babi.Diatas budi dan jasa duit babi ini maka tidak hairan lah dan memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk terus prihatin agar kepentingan,kehormatan dan kebajikan babi2 di Malaysia ini terus terjamin.Kini kerajaan pusat BN dan kerajaan2 negeri di bawah pemerintahan PR sudah dapat bekerjasama dan bersatu untuk sama-sama mengangkat martabat dan darjat babi tu sendiri agar lebih mulia daripada umat manusia yang hidup di setinggan dan ditanah-tanah rezab di Malaysia seperti di Berembang dan kampung plentong.Ini adalah diatas keunikan dan komitmen babi yang sangat dihargai kerajaan-kerajaan ini kerana babi adalah haiwan pelbagai guna dimana perut babi stabil di index komoditi dan campuran untuk sosej,lemak babi terkenal untuk penyedap dan pengawet makanan,daging babi masak asam pedas pula sudah begitu sinonim dan mashyur di Melaka dimana bukan sahaja dapat menarik pelancong dan pelakon BOLLYWOOD untuk datang,malah telah diiktiraf UNESCO dimana Melaka sebagai simbol perpaduan babi.Dan penemuan terkini pula,di malaysia kini kepala babi sudah boleh dibuat dekorasi untuk hiasan pagar-pagar rumah penghulu atau ketua kampung dan untuk hiasan majlis-majlis perjumpaan pertubuhan-pertubuhan melayu.Manakala umat manusia itu pula hanya berguna untuk kerajaan itu lima tahun sekali.Tidak mustahil jika berlaku peralihan kuasa kepada kerajaan baru,babi sebagai haiwan kebangsaan Malaysia akan dapat direalisasikan.

Kini babi Malaysia telah mengorak langkah setapak lagi ke mercu kegemilangannya apabila potensi dan laba yang dijanjikan babi ini telah berjaya menaikkan nafsu syahwat,gila keuntungan yang merentasi batas dan dogma halal haram serta dapat menzahirkan sifat tamak dan mata duitan beberapa Menteri besar diMalaysia.Lebih membanggakan lagi di Selangor apabila babi bakal mencipta sejarahnya tersendiri di Malaysia dengan akan terbinanya penempatan babi dengan teknologi paling sistematik dan tercanggih di dunia dimana tidak mungkin dapat dinikmati oleh haiwan-haiwan ternakan lain di Malaysia.Dengan kehebatan Khalid Ibrahim sebagai MB yang terkenal kebijakkannya didalam perniagaan maka tidak mustahil impian Malaysia untuk mencapai sasaran penternakan babi menjangkau 26 juta ekor menjelang Pilihan-Raya Umum ke-13 nanti.Bayangkan pulangan hasil babi yang bakal dinikmati oleh Malaysia dan dengan pencapaian ini Malaysia begitu gah dan tiada tolok bandingan di mata dunia sebagai negara pengeluar babi no 1 di alam semesta.Babi kini adalah identiti Malaysia.Syabas pemimpin-pemimpin kerajaan dan gembala-gembala babi semua.Semoga Malaysia bukan sahaja akan terus menerajui industri babi dunia,malahan turut di jadikan ikon dan sumber inpirasi negara-negara lain yang sama babinya dengan Malaysia.

Itulah babi,lambang kemegahan,identiti,kemakmuran dan kebanggaan pemimpin dan rakyat malaysia yang kita cintai.SYABAS BABI UNTUK MALAYSIA.BABI PEMANGKIN SUMBER PENDAPATAN MALAYSIA!Malaysia sudah mewujudkan industri perjudian,pembabian dan pengARAKan yang membuka mata dunia ini hanya perlu merealisasikan sebuah studio pornogarafi budak Melayu yang terhebat didunia pula untuk melengkapkan keunikan MALAYSIA.SYABAS MALAYSIA!


JUMPA LAGI...

Tiada ulasan: