Khamis, 26 Mac 2009

SELAMAT HARI POLIS!! tabik takder lah


Selamat hari polis lah aku ucapkan kepada jabatan ini. Dah beratus tahun jabatan ini wujud rupanya! Hampir sama macam makhluk dinosour lah! Tapi tak pupus macam makhluk tu..Maknanya jabatan yang dah tua macam ni haruslah matang yek.Jangan nyanyuk sudah lah.Hijrah lah kot dah tua-tua ni.Macam aku sekarang ni,dah hijrah dari guna perkataan-perkataan yang tak baik kepada perkataan yang indah-indah hehehehe..atas nasihat..Dah tak monolog kot hahahah.Sebab tu aku tak nak tulis pasal perhimpunan agung parti PEMBELA melayu yang berlangsung lagi sekarang.Kalau cerita bab perhimpunan ni juga mungkin 'tiada kata secantik bahasa lah yang terrrguna.Aku layan hari-hari.Walaupun tiada pelakon pompuan yang pakai baju macam nak terkeluar buah dada BOLEH DI TONTON.Macam kat drama-drama dan telenovela yang dok siar hari-hari di tv malaysia.Budak-budak sekolah suka sangat tengok.Tu la pasal sabun mandi selalu je abis mak-mak diorang komplen.Zaman aku dulu-dulu kalau nak tengok kopek,tunggu cerita hindi.Bolehla buat modal.Tahniah lah pada yang menang.

Hijrah mungkin dari pasukan yang dipandang hina dan sakit hati kepada pasukan yang mulia dan bermaruah.Kerana kerja polis ni kerja mulia,Hanya makhluk yang jadi polis tu yang poyo kot.Dari kurap kepada telus.Hakikatnya banyak lagi jabatan yang kurap dan salah guna kuasa,tapi pasukan ini lah yang orang nampak sangat.Tak tahu lah kenapa.Ketua korang pak turut jer kot...Dari pasukan yang dah jadi parti kompenan kepada bebas kongkongan politik.Boleh ke ar? Ntah la!Dari Pasukan yang hebat pukul dan ugut mat-mat gian,pencuri nescafe,mat rempit yang tak masuk putera umno lagi..hahahaha,mat serabai,pau indon n bangla,makan duit bapak ayam,tokey disko,tokey mesin kuda.apa-apa tokey la dan banyak lah lagi,fikir lah sendiri kepada pasukan yang BETUL-BETUL HEBAT.Baru lah rakyat respek dan hormat.Mana boleh paksa-paksa rakyat hormat pasukan ini! Sebab ada yang tak kena dengan pasukan you lah macam-macam gelaran diberi oleh rakyat!Dari ANJING kepada pasukan yang tak najis-najis dah,Dari pasukan yang tak tangkap anak-beranak buat salah kepada lebih adil sikit kot.Aku pernah kena urine test bersama-sama anak polis,sama-sama bersalah,dah nak masuk lokap sangat dah,tup-tup bapak dia bawak dia balik macamtu jer.Aku dengan yang bapak tak polis je masuk lokap.BOLEH KER MACAMTU? OPS! MALAYSIA BOLEH!!dari...cukuplah dulu.Macam nak maki-maki je ni hehehehehe.Apa-apa pun
SELAMATKAN PDRM YANG .....

Tiada ulasan: