Jumaat, 3 April 2009

LUBUK PLKN NAK DIHENTIKAN.?HAHAHAHA


Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) sedang menunggu hasil kajian daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menentukan sama ada program berkenaan perlu diteruskan atau tidak selepas lima tahun dilaksanakan.

Mestilah diteruskan sampai mampus.Kalau plkn di hentikan pasti akan wujud program lain yang boleh buat duit kepada Menteri yang INCHARGE program ini.Meraka-mereka wujudkan plkn antara satu cara HALAL untuk kebas duit rakyat dalam kantung negara untuk diketedarah,dilahap oleh menteri terlibat,anak -bini,sahabat-handai,sedara-mara dan keluarga selain dari apa yang mereka telah sebat beramai-ramai puak-puak menteri selama ini atas nama SUBSIDI.

Apa yang nak dimantapkan? Apa mereka peduli tentang kelemahan modul?Wayang je semua tu. Sebanyak RM3.01 bilion dibelanjakan kerajaan selama 5 tahun program ini dijalankan.Berapa bilion sahaja kos belanja sebenar? Bayangkan selama 5 tahun itu siapa yang kenyang?Banyak mana gang-gang ni buat duit?Berapa orang yang jadi jutawan.Siapa yang dapat masuk sebagai pembekal-pembekal barangan keperluan pelatih dan makan-minum? Berapa kos sebenar dan berapa claim sama kerajaan malaysia?

Kita cuba tengok siapa yang jadi jutawan.
Jutawan pembekal stokin,jutawan pembekal kasut,jutawan bekal uniform,jutawan keperluan penjagaan diri,jutawan tukang kasi makan-minum,jutawan g-string,jutawan tuala berjuta lagilah jutawan.Kajiu lah sendiri kalau nak kaji.Siapa jutawan-jutawan ini? Gang rosmah mansur? najib? Tender terbuka? Bukan dengki atau apa pun,cuma kenapa tak bagi can kat aku! Bagi lah sebagai pembekal apapun.Pembekal daun ketum ke.heheheheh

Tiada ulasan: