Sabtu, 18 April 2009

PELUANG KEDUA


Pernahkah antara kita mengalami situasi apabila sedar dari tidur dipagi hari dan kita merasakan seolah-olah mentari sudah tidak menyinar secerah dan sehangat semalam? Atau malam kita dirasakan begitu dingin,sunyi dan menjadi gerhana?Tembakau kretek surya original dibibir dirasakan sudah tidak meletup dan semanis dahulu? Dunia sudah seperti sudah berakhir?Atau pernah mendapat sms atau ungkapan dari seseorang yang membuat kita terasa seperti ada kilat-petir menyambar atas kepala macam dalam filem tamil?Tiba-taba tebiat Teringat dan Mencari sejadah atau mendail nombor kekasih lama.Tidak kurang pula ada yang pernah merasa hidupnya begitu bebas lebih dari burung pipit.Bulan bagai jatuh keribaan,Kancil menjadi f1 malah ribuaanlah situasi dan reaksi gembira,bersalah,bangga,sedih,gersang,rindu,insaf,resah,hiba,pilu,bodoh dan berbagai-bagai macam yang kita pernah dan akan dihadapi.Setiap detik dan saat kehidupan kita yang pergi berlalu,beerti kita semakin hampir kepada matlamatnya iaitu kematian.Pulang ke tempat yang abadi.Apakah kita telah menikmati hidup ini atau mensia-siakannya?Atau kita telah mati sebelum mati?Apa sebenar yang masih mahu dan di cari? Salah membuat pilihan,kesimpulan dan andaian dalam penghidupan? Dan seandai timbul PENYESALAN dihati,pasti kesalan itu akan dipikul hingga keakhir hayat.KEMAAFAN DAN KESEDARAN tidak dapat merubah keadaan.Malah ada juga kalangan kita yang tidak pernah wujud perkataan kesal dalam kamus hidupnya.Tidak kurang pula begitu naif,positif dan redho dengan apa sahaja situasi yang menimpanya.Itulah dunia,dugaan dan kehidupan.Yang pasti,ramai yang mengharaP MOGA diberi PELUANG KEDUA.
Terutama mereka yang pernah tersilap,gagal,bersalah,lalai,curang,kesal,terlanjur dan...

Peluang kedua,andai dapat di undurkan masa atau andai dapat dimiliki semalam hanya sekadar ungkapan kesal yang sesat dan boleh menyesatkan.Seandainya lah dapat kita undurkan masa dan memiliki semalam,apakah situasi tidak diingini yang telah berlaku itu dapat kita jadikanya suatu keadaan yang lebih baik?Atau mungkin juga akan bertukar menjadi situasi yang lebih buruk dari itu!Yang terjadikan tetap sudah terjadi.Menjadi kenangan,pengajarn,tauladan,peringatan dan sejarah yang tak mungkin dapat diubah dan berulang sekali lagi.Peluang kedua adalah dengan terus mngjalani sisa kehidupan sambil berhijrah kepada yang sesuatu lebih baik.

Yang pasti,selagi kita masih dapat menghirup udara segar dan masih merasai panasnya sang mentari,minuman kegemaran kita masih boleh masuk melalui rongga kerongkong dan otak masih berfungsi normal,tandanya kita masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan mencari jalan yang benar.Kerana jika tubuh sudah terbujur kaku tidak berfungsi,di saat itu terlihatlah dimana tempat kita yang abadi.Semoga kita semua tidak tergolong bersama-sama mereka yang rugi.DENGAN KUASA KASIH SAYANG BOLEH TERTAKLUKNYA DUNIA,KEMAAFAN ADALAH PERKARA YANG TERINDAH DAN KESABARAN MENEMPUHI DUGAAN ERTI NIKMAT KEHIDUPAN SEBENAR...

Tiada ulasan: