Khamis, 23 April 2009

AYAH DAFI SI MENTERI BAIK PUNYAA...

Pagi hari ini gelap dari biasa.. Lama x melawat blogspot sebab dek kesibukan. Modal pun x de.. Jam pukul 5 pagi..on tv.. Ada rancangan agama.. Apalah kejadahnya rancangan agama siar pagi-pagi buta? Sape golongan sasaran yang diharapkan menonton agaknya.. Pagi-pagi hari manusia tido,subuh jemaah,sibuk nak kerja,sibuk nak uruskan anak nak ke sekolah,masa ni baru nak siar? Begitulah hinanya rancangan berbentuk agama Islam dibuat dek stesyen-stesyen tv Malaysia. Waktu siarannya pada pagi-pagi sibuk,petang-petang nak senja dan hujung-hujung malam. Asalkan ada sudah.. Waktu-waktu perdana,santai dan senang disogokkan rancangan dengan propaganda,hiburan,tahyul dan cinta-asmara... Tapi x de apa nak dihairankan sangat. Memang itulah tanggungjawab semua stesyen-stesyen tv agen yahudi. Sesat dan menyesatkan. Dah jadi lumrah di Malaysia ni program-program dan orang-orang agama di wujudkan sekadar ADA sahaja. Jangan x de kang apa pulak rakyat akan kata.. Program agama hujung-hujung waktu dan lebai-lebai hanya untuk pelengkap majlis..Baca-baca doa makan,doa selamat x pun bersyarah dengan ayat surah an'nisa.. Taat pada ulul amri,taat pada ulul amri.Sampai tua renta tu jela yang berani disyarahkan. Itupun sekadar 2 ayat. Nak sebut seterusnya takut kena haruk dek pemimpin negara.
Sepatutnya Islam menentukan kepimpinan sebaliknya Islam ditentukan oleh kepimpinan negara.
Tapi sebenarnya aku ni nak bagi cerita lawak yang mengalahkan lawak p.ramlee.. Ayah Dafi si menteri cakap tentang barang cetak rompak dan tiruan dalam buletin tv. Dia roghak tentang penguat dan rakyat agar jangan terlibat dalam perkara tiruan-tiruan ni.. Amboi..amboi..amboi.. Kira bijak dan prihatin habis la tu.. Idea paling hebat dan bernas la konon-kononnya.. Dapat ilham masa bertapa di Tasik Bera gamaknya.. Kesian.. Macam tu je ke kapasiti kepala hotak si menteri baik punya ni dan lain-lain menteri agaknya ... Banyak lagi idea kot..tak sabar nak dengar.

Masalah cetak rompak dan barang tiruan ni dah sebaya dengan umno dah umur dia.Kalau betul-betul nak benteras lama dah pupusnya.Ramai yang buat kenyataan setakat buat lawak bendul je.Ada di mana -mana.Di kawasan parlimen bera pun ada.Kat rumah PBT-PBT-PENGUATKUASA-POLIS-ASKAR-MISI-BIDAN-BOMOH-CIKGU-STAFGUARDIAN-TOKEY CC-TUKANG MASAK-KETUABLOK-TOK4 DAN RAMAI LAGI.Sama ramai dengan pengundi-pengundi hantu setiap pilihanraya.Bukan susah kalau nak di pantau dan dibenteras.Antara nak dengan taknak sahaja.Tak perlu detektif conan dan inspektor gadjet untuk selesai kan kes ni.Kalau ditanya sama Jaga kilang CARLSBERG pun boleh tahu mana nak rampas benda tiruan-tiruan.Tak perlu sampai ke chini atau kelantan.GILA LA KALAU TAK PERNAH NAMPAK BARANG-BARANG TIRUAN DI PS,UPTOWN,PASAR-MALAM,CHOW-KIT ATAU CD CETAK ROMPAK DI SETIAP KOMPLEK MEMBELI-BELAH DI SELURUH KL TU.HEHEHEHEHEH..NAK NGAN TAKNAK JER.ADA LAH MODAL NAK BUAT-BUAT PRIHATIN.

Tiada ulasan: