Khamis, 6 Ogos 2009

DEMOSTRASI SESAT,ANJING POLITIK,TAKSUB,BONEKA,MATI KATAK,SIA-SIA,MEMALUKAN ISLAM..


Umat Islam di Malaysia hari ini adalah di antara umat yang agak bodoh dan berpemikiran cetek sehinggakan mereka begitu mudah untuk di ekploitasi dan menjadi boneka alat permainan ahli politik.Mereka begitu perasan,poyo,sombong bodoh tak tentu pasal dan sesat kerana ketaksuban mereka kepada politik kepartian sehingga menjadi begitu buta,pekak,bebal..Mereka ini adalah anjing-anjing parti politik.
Satu dunia tahu bahawa umat Islam memang bersemangat,berani dan sanggup mati atas nama Fisabilillah dan kerana itulah pemimpin-pemimpin politik serta penganjur munafik di Malaysia mengambil kesempatan untuk memperalat dan memperbodohkan anjing-anjing politik ini untuk turun berdemo di jalanan.Anjing-anjing politik yang telah sesat ini merasakan seolah-olah berdemo di jalanan ini seperti satu perjuangan untuk agama sedangkan demo ini adalah permainan agenda politik.
Cuba kita renung sejenak tanpa prejudis dan perasaan taksub apakah rentetan demostrasi-demostrasi yang telah di anjurkan di Malaysia sesuatu yang benar atau sesat semata-mata.Aku bukan nak kempen bagi mana-mana parti. Pergi jahanamlah dengan ideologi-ideologi politik kalian.
Apa kena mengena demostrasi jalanan kalian dengan Fisabilillah?
Apakah demo BERSIH perjuangan mempertahankan Islam?
Apakah demo PROTES untuk menyelamatkan umat Islam?
Apakah demo PPSMI untuk membela Rasul dan agama?
Dan apakah demo GMI untuk menyatupadukan umat Islam?
Ternyata demo-demostrasi kalian tidak ada kena mengna dengan perjuangan Islam. Hentikanlah berselindung atas nama Islam untuk menghalalkan demo-demo sesat kalian..
Kalian hanya memburukkan lagi nama Islam dan membanyakkan lagi fitnah jahat terhadap Islam yang suci..
Renungkanlah.. Janganlah terus taksub kepada politik dan kepada pemimpin.Parti bukan agama.
Politik Islam?? Apakah cara politik kalian seperti Rasulullah berpolitik?Politik kalian politik pecah belah,melemahkan umat Islam,fitnah,aib,sesat,taksub,dunia..

Waallahualam...

Tiada ulasan: