Ahad, 2 Ogos 2009

politik pecah-belah vs politik islam acuan nafsu sendiri


assalammualaikum....

syukur kehadrat ilahi kerna masih ada umur dan kekuatan untuk mencatat.Setelah hampir sebulan berperang mengharungi krisis di pertengahan hidup.Didalam mencari kebenaran dan pemahaman yang begitu halus dan penat untuk di temui.Apakah perjuangan yang didukung selama ini hanyalah sesuatu yang sia-sia dan tersasar?Salahkah jika kita berubah pendirian,atau perlukah kita terus berpegang pada prinsip yang rupanya selama ini ianya tersasar dari kebenaran serta hanya bersandarkan nafsu keduniaan semata-mata.

Dunia terus berputar dan umat islam di serata pelusuk terus ditindas,dihina serta dizalimi oleh musuh-musuh dan sahabat-sahabat islam sendiri.Palestin,Iraq,Afghanistan,Rohingya-myanmar,khasmir-india,moro-filipina.melayu-selatan-thai dan terkini umat islam uighur xinjiang china sedang merintih,keluh-kesah dan tangisan darah mereka tiada pembelaan malah tidak siapa yang sudi mendengarnya..Renung sejenak,adakah umat islam makin hebat dizalimi oleh golongan kafir serta munafik ini dek kerana mereka sudah semakin gila,ketagih darah dan rakus atau ini menimpa keatas umat islam itu sendiri sebagai peringatan dari yang maha pencipta atas kelalaian dan dosa sendiri.Mungkin Amaran kepada umat islam yang semakin hari semakin leka,meremehkan hukum islam,meninggalkan sunnah dan hanyut dengan kecintaan kepada dunia.Mungkin juga Umat islam hari ini sudah semakin jauh meninggalkan jemaah malah cukup sekadar berbangga dengan sejarah kegemilangan umat islam yang terdahulu.Kita terlupa tentang kegemi;angan umat islam terdahulu adalah kerana mereka mengamalkan sunnah dah menjunjung al-quran, sedangkan kita hari ini berkiblatkan yahudi.

Malaysia yang juga majoriti rakyatnya merupakan umat islam masih lagi dianggap selamat dan jauh dari bala dan musibah.Tetapi tidak mustahil akan diuji dengan hebat dan memerima nasib yang sama jika umatnya masih terus syok sendiri,pentingkan diri,cara hidup yahudi,berpecah-belah kerana fahaman politik,taksub kepada politik kepartian dan pemimpin,cinta dunia,hiburan melampau,meninggalkan sunnah rasul,meremeh dan menghina hukum allah dalam sedar atau tidak,meninggalkan jemaah serta tiada usaha menyempurnakan iman.

Ketua-ketua jabatan kerajaan,pengarah-pengarah,pihak berkuasa dan lain-lain pihak yang berkuasa yang majoritinya terdiri dari orang islam sudah tidak ada rasa malu untuk rasuah dan menyeleweng,membesarkan anak-bini dengan pendapatan yang haram dan melahirkan bini yang curang,anak-anak yang mudah dijangkiti dengan penyakit-penyakit sosial dan keruntuhan akhlak yang begitu serious melanda negara.Hiburan sudah menjadi makanan jiwa semua golongan dari baru pandai bercakap hingga kepada yang sudah senja.Begitu ramai yang hendak mmenjadi penghibur dan di sokong kuat oleh steysen tv,radio dan mendapat galakan padu dari ibu-bapa.Cara hidup dan fesyen ala HOLYYWOOD sehinggakan malu untuk berpakaian mengikut sunnah malah malu jika untuk ke majlis-majlis agama dan tempat ibadat.Pemimpin negara yang sekular serta pemimpim parti yang kononnya memperjuangkan islam mengikut cara nabi tetapi akhlaknya yang hancur,memecah belah sesama islam,umpat,keji,mengaib,memutus silatulrahim,tiada usaha dakwah,hanya tahu menyalah dan menjatuh kan hukum kepada sesiapa yang tidak sependapat dengannya,kafir mengkafir hanya kerana berbeza fahaman politik,sombong,semua tindakan partinya sahaja yang halal.Ditambah pula dengan ahli-ahli parti yang kononnya perjuangkan islam tetapi hanya berduyun-duyun untuk ke ceramah politik tetapi tidak nampak kelibat di ceramah-ceramah agama dan malu nak berduyun-duyun memenuhkan surau atau masjid untuk berjemaah solat 5 waktu.Taksub kepada parti dan pemimpin hingga menganggap parti mereka seperti agama dan sesiapa yang bukan ahli parti mereka adalah kafir.Serta sesat dan tidak faham erti fisabilillah,pemikiran cetek sehingga begitu mudah diperalatkan sehinggakan menyertai demonstrasi yang tiada kena mengena dengan agama dan rasul,yang jika mati boleh dikatakan mati katak dianggap pejuang fisabilillah.

wallahualam

Tiada ulasan: