Ahad, 3 Mei 2009

SELAMAT HARI BURUH

1 Mei lepas merupakan sambutan hari buruh.Tapi di Malaysia tarikh ini hanyalah hari untuk bercuti jalan-jalan,pergi makan kenduri,buat majlis kenduri,mandi sungai-laut-lombong,tengok wayang dan tidur.Apakah tiada makna dan perngertian kepada buruh-buruh yang dimaksudkan dengan hari cuti sempena tarikh 1 mei ini.Apakah belum sampai tahap pemikiran bagi buruh-buruh ini untuk sedar betapa besar kuasa,sumbangan dan pengaruh kita.Berjuta umat yang bergelar buruh.Kita kuat dan berhak mendapat hak dan kehidupan yang lebih selesa jika kita berani,terbuka dan bersatu.Apakah kita,buruh-buruh masih tiada SESIAPA yang betul-betul membela.Mengapa tidak kita jadikan hari ini sebagai hari kita,semua buruh-buruh di MALAYSIA untuk bersatu dan berhimpun untuk berkongsi pendapat,masalah dan menuntut hak buruh yang selama ini di abaikan.Kita seharusnya bersatu tidak mengira yang masih sesak atau mereka yang sudah pun selesa dengan kerjaya masing-masing.Bersama memastikan agar tiada diantara kita yang masih terus di manipulasi diekslpoitasi oleh masyarakat,majikan,persatuan,kesatuan,kementerian dan kerajaan memerintah yang BAHLOL.Apakah kita tiada simpati langsung dengan mereka yang bergelar buruh binaan,pengawal keselamatan,pekerja pembersihan,pekerja restoran,pekerja pasaraya dan lain-lain yang terus di perah keringat tenaga untuk diperhambakan tanpa menadapat hak kwsp,waktu kerja yang munasabah,insuran,gaji minima yang minasabah keperluan asas yang mampu untuk dimiliki.Aku sanggup untuk berdebat dengan sesiapa pun seandainya ada pihak yang mengatakan apa yang aku cakap ini politik.Sampai bila kita sanggup menelan segala sandiwara,tipu-daya,diperbodohkan oleh kementerian dAN majikan? Malah majikan boleh memberi ayat'nak kerja ikut apa syarikat cakap,taknak kerja boleh balik!ramai yang nak bekerja' seandai ada diantara kita bertanyakan tentang hak! Mana kerajaan? mana aktadan undang-undang.? Lebih baik takder kerajaan terus jika majikan boleh buat sesuka hati.

DISINI AKU MAHU MENYERU KEPADA KITA SEMUA BURUH-BURUH DI MALAYSIA BERSATU UNTUK MENUNTUK HAK KITA.MALAYSIA BUMI KAYA DAN KITA TIDAK SEHARUSNYA HIDUP SEPERTI HAMBA.CUKUPLAH KITA DIPERBODOHKAN OLEH KEMENTERIAN,PERSATUAN,KESATUAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG KONONNYA MEMBELA KITA HAKIKATNYA MENGAMBIL KESEMPATAN.

Tiada ulasan: