Jumaat, 26 Jun 2009

AUWWW! I ISTIHAR PERANG TERHADAP AH LONG YOU...!!






I dah marah ni nyah,marah sangat2 ni. I dah tak tahan U ALL LAH AH LONG-AH LONG. Dah tak kuasa. I nak perang ni.. Auww!!Nak perang dah ni.. Auww... Oh yes perang!! Is coming...!!!

HAHA HUA HUA!!! Mamat pondan ni nak tunjuk hero dah. Nak perang ahlong. Habis-habisan la ni..Rekod baru dalam kerajaan ni!! HaHaHaHuaHua... Nak cepat hapuskan Ah Long ni tukar aje nama dia orang. Panggil Tok Long ke,Polong ke,Pok Onn ke.Macam 'mat rempit' di tukar kepada samseng jalanan.. HahHuaHua...

Ha..Elok la tu,bapak-bapak Penyamun nak Perang Penyangak!! Kalau dapat lah hapuskan AH LONG ni macam apa yang mamat pondan tu cakap,aku sunat sekali lagi kat klinik SHAHAROM!! HaHaHuaHua...

Penglipurlara macam ni orang melayu cari-cari sangat. Lepas ni cite perang tahyul apa pulak you!! HahaHuaHua... Auww...

Auww... Ah... Auww...!!

Isnin, 22 Jun 2009

Wei Melayu!! CHIN PENG nak balik,LANTAK DIA LAH...





Bukan lah perang pun Chin Peng nak balik!..Cak pong cak pong...Habis bising Melayu Malaysia bila mendengar komunis tua itu nak balik kampung. Bagi aku yang bising2 tu cuma Melayu2 yang poyo!! Tak guna satu sen pun!! Lantak dialah nak duk Malaysia ke apa ke!! Apa nak herannya?? Sebab dia komunis?? Berlambak dah Cina komunis hari ni masuk Malaysia.Malah Malaysia pun ada hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. Baru-baru ni PM Malaysia pun ada pi jumpa bapak komunis kat Republik Cina sana... Bukalah minda sikit.Jangan takut tak tentu pasal.Lagi pun isu komunis ni bukab isu orang cina sahaja.Tokoh komunis melayu pun ramai...Jika Chin Peng atau sesiapa pun lagi tokoh komunis di hutan Siam itu tak dibenarkan balik Malaysia pun,tidak mustahil ideologi komunise tetap boleh berkembang di Malaysia dengan pelbagai cara.Dunia sekarang sudah moden..
Takut ideologi komunis ni hidup kembali?? Jika kerajaan memerintah tidak menindas,bukan sahaja anasir komunisme akan lumpuh malah segala bentuk anasir sesat tidak akan diterima rakyat.Malaysia yang sudah matang dan bijak pandai belaka ini..Cuba kita imbas kembali kenapa ramai Melayu menyertai PKM pada zaman British dan Jepun dahulu. Bawak2 pergi perpustakaan baca sejarah2 Malaysia. Jangan duk baca sejarah arus perdana sahaja.
Ada yang kata isu komunis nak balik ni sensitif sangat. Konon-kononnya lah... Sebab datuk nenek kita dulu banyak yang diperlakukan dengan kejam oleh PKM dulu-dulu.Kena bunuh,kena macam-macam la.. Kalau nak kira macam tu susahlah nak cakap. Abis,dulu-dulu orang Jepun tak kejam kat datuk nenek kita?? British yang menjajah tanah kita dulu sekarang kita sanjung. Pakai MANUAL British untuk tadbir negara pulak!!.. Bukan aku nak sanjung ideologi komunis tapi aku rasa perjuangan PKM dahulu tidak sama seperti yang di propagandakan.Pernah tak kita terpikir Melayu atau Cina dulu-dulu yang diperlakukan dengan kejam oleh PKM adalah merupakan ahli PKM sendiri yang khianat kepada PKM. Sebab itu mereka di hukum.Juga askar dan polis melayu yang terkorban angkara komunis.Mereka terkorban untuk mempertahankan tanah melayu atau mempertahankan kepentingan dan jajahan British??Bimbang ideologi komunisme di terima rakyat?? Wei... Baik kita risau tentang ideologi dan pegangan yahudi yang sudah kuat jadi amalan kehidupan rakyat Malaysia hari2.. YAHUDI paling bahaya dalam dunia.. Kita dok biarkan keluarga dan kawan-kawan ikut cara hidup dan berkiblatkan yahudi..
Maka marilah kita membaca tentang sejarah semula. Dan aku akan cuba tulis tentang PKM selepas ini.Bawak2 la pergi perpustakaan atau tanya abang kita malahan sesiapa saja yang tahu tentang sejarah.. Melayu bodoh bukan sebab tidak belajar sains dan math dalam bahasa inggeris tetapi dek kerana malas membaca dan suka percaya pada propaganda ,dongeng,mitos,cerita mulut ke mulut,lagenda dan cerita tahyul sama macam aku..
Cerita tahyul dongeng yang masih kuat jadi pegangan orang melayu ialah cerita yang kononya kalau ada parti lain selain dari UMNO /BN yang memeritah Malaysia maka rakyat Malaysia akan makan fries ubi kayu hari2.. Lawak2...
Lagi satu kalau ada melayu yang nak jadi pahlawan setia,nak tiru dongeng hang tuah.. Bangga sangat dengan lagenda Hang Tuah. Sedangkan Hang Tuah lah pahlawan yang tak guna. Setia pada pemerintah membabi buta!! Kita kalau nak setia biarlah kepada pemerintah yang taat kepada Allah dan Rasul.Apa hebatnya Hang Tuah??Bawak lari anak dara orang?? Bunuh Jebat dengan cara menipu?? Apa jasa Hang Tuah untuk Agama dan negara??Hang Tuah ni hanya sekadar popular tetapi tiada kualiti. Ramai lagi pahlawan sebenar yang berkualiti untuk kita sanjung dan ikuti seperti Tok Janggut,Mat Kilau,Tok Gajah,Dato Bahaman dan lain-lain..
Lagi satu,kalau dekat-dekat hari merdeka sibuk cerita perjuangan Leftenan sipolan sipolan.. Yang konon wira negara.Wira negara ke wira British penjajah?? Mati untuk tanah melayu ke mati untuk British? Sama macam muka 2,3,4 orang yang terpampang merata-rata yang kononnya berjuang untuk kemerdekaan.. Berapa pain darah,keringat dan air mata yang muka-muka tu tumpah berjuang?? Pejuang kemerdekaan atau pewaris penjajah?? Wira negara kah atau Anjing Imperialis??
MAKA,UNTUK TAHU KEBENARAN...
PERGI PERPUSTAKAAN,BACA BUKU ATAU TUNGGU.......

Rabu, 3 Jun 2009

KOMuNIS DAN AH LONG


Sekarang negara kita kecoh pulak pasal kominis dan kes ah long.Kalau kes ah long ceti haram ni memang dah basi kalau kerajaan dan pihak berkuasa nak bising-bising.Merekalah antara puncanya hingga ah long ni hidup punya lama kat negara kita .dari zaman aku sekolah sampai hari ini.zaman aku sekolah-sekolah lagi dulu ah long ceti haram ni datng kutip hutang naik kawasaki ninja 150r warna hijau.kerajaaaaan dan pihak berkuasa yang dayus lah punca masalah ah long ni tak selesai dan takkan selesai selagi pihak yang bertanggungjawab ini betul-betul nak selesaikan.Jangan nak drama buat-buat prihatin.kes dah sejuk semuanya berjalan macam biasa.

Kalau cerita kepala komunis nak balik Malaysia ni budak gerakan pulau pinang lah punya kerja kot.Maka keluar lah saban hari bekaS-bekas askar dulu-dulu tunjukkan betapa kejamnya komunis ni.Tapi bagi aku kalau dah zaman perang atau dharurat,sama je komunis,askar jepun,askar omputih ke melayu ke.Mesti KEJAM punya.Kalau tak KEJAM nanti dia yang akan DIKEJAMKAN.Yang penting aku cuma nak tahu askar-askar melayu dulu-dulu yang cedera atau terkorban itu dek kerna mempertahankan apa!!? Kalau kerna mempertahankan ISLAM,Alhamdulillah..Tapi kalau sengsara atau terkorban dek hanya kerna untuk mempertahankan estet,lombong,ladang dan kekayaan negara yang British nak KEBAS bawa balik negaranya,tak tahu lah nak cakap apa.Perjuangan apa.

Kisah ah long ceti haram pulak cerita bangang!! ada la satu polis botak bermisai bercakap macam orang pandai tapi bangang dalam tv,dia kata ah long ni wujud sebab salah rakyat.apsal dok pinjam ngan ceti? dia kata la..kalau rakyat tak pinjam dengan ceti maka ceti takder la wujud lagi sebab takleh nak bisness kata dia lagi.lebih kurang gitu la maksud dia..hehehehehe..abis cerdik la tu!!cik abang oi!! kalau ada tempat lain yang lebih mudah beri pinjaman kepada peniaga-peniaga ni,depa tak pi pinjam kat ah long la!!apsal abang polis ni tak tanya kepada menteri berkenaan kenapa mereka tidak boleh beri pinjaman kepada rakyat semudah ah long beri pinjaman kepada mereka!!???tanya lah.!! sebab kerajaan nak tolong bisnes-bisnes besar je kot!! glc-glc..guna pakai duit kwsp pun boleh!!rakyat yang peniaga kecilan ni bukan menyumbang pun.kalau mereka yang pinjam kat ah long sebab berjudi,lantak lah!!

nak benteras dan hapuskan ceti haram? kerana mereka berbahaya? kepada rakyat dan negara?tapi bila? jangan pandai cakap jer!!!bila ada isu masing-masing nak jadi hero buat kenyataan.macam nak di makannya kote ah long-ah long tu.pastu tu??!!!sonyappp.gitulah sokmo!!! KALAU SERIUS LAH NAK HAPUS KAN KEGIATAN CETI HARAM NI LANGSUNG TAK SUSAH KALAU NAK CARI.DI DINDING-DINDING,-TIANG-TIANG-POKOK-POKOK-KOTAK TNB-TUMPANG KAT BILLBOARD-JAMBATAN-KAD-KAD-FLYER-DAN MANA-MANA PUN BOLEH CARI AH LONG NI.NAK DENGAN TAKNAK JE..TAKDER PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG??? ISA,ISA,ISA,ISA,ISA,ISA,ISA,ISA!!!! TAK RETI-RETI!!HEHEHEHEHEHE

Khamis, 28 Mei 2009

2.MELAYU TANPA ISLAM!! ISLAM PENYELESAIAN,ISLAM PENYELAMAT!!

Masalah penyakit sosial serta keruntuhan akhlak rakyat dan pemimpin berbangsa melayu yang semakin parah kini berpunca dengan bangsa melayu itu sendiri sudah seolah tidak lagi beriman dengan ISLAM.Begitu angkuh,sempit,sombong dan perasan bagus dengan semangat kecintaan dan ketaksuban kebangsaan melayu.Hidup di tanah melayu yang seluas kangkang anak kera.Hebat sangat konon.Sedarlah kita hakikat melayu tanpa islam hanyalah bangsa yang terlalu kecil,hina dan lemah malah ayam tak ingin nak patut,itik tak sudi nak sudu dan babi tak lalu nak sondol!!Contohnya ada di dalam al-quran yang ada menyebut perihal bangsa-kaum dahulu yang lebih gah dan hebat,jauh lebih kedepan dari melayu tetapi kini telah dilenyapkan dari muka-bumi dek kerana kekufuran kaum itu.MELAYU INI ENTAH APA-APA SAHAJA.

Cara hidup melayu hari ini hampir sama malah telah kembali sama seperti zaman jahilliyah.KITA KINI PERINTIS JAHILLIYAH MODEN ABAD KE21.Hidup pentingkan duniawi,hiburan melampau dan perkara haram-mungkar adalah rutin biasa malah jadi kebanggaan dan anggap moden serta maju.Pecah amanah,arak,maksiat,judi,rasuah,menipu,salah-guna kuasa dan pelbagai amalan hina melayu anggap biasa,cool,kebanggaan,hebat,amalan biasa dan maju malah melayu kini seolah-olah BERASA MALU DAN TERHINA,KETINGGALAN,KOLOT JIKA MEREKA JUJUR,AMANAH DAN HIDUP MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN SUNNAH NABI.

Cara pemerintah melayu amalkan hari ini untuk memerintah dan untuk terus mengekalkan kuasa mereka juga sama seperti amalan pemerintah jhilliyah kufur dahulu iatu dengan cara mengugut,menakut-nakutkan,menindas dan memperbodoh rakyat.Peniaga-peniaga melayu dari peniaga tepi jalan,kontaktor,stesyen tv dan hiburan hinggalah ke saudagar kapal dilaut,gedung didarat tidak segan-silu menipu,memperdaya,mengamalkan riba' malah tidak mengenal haram-halal hanya kerana nfsu yang mahu kaya cepat dengan apa cara sekali pun.Pihak-pihak berkuasa melayu hanyut dan hancur di ulit amalan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.Pekerja pelbagai jawatan di sektor swasta atau kerajaan tidak jujur,salah guna kuasa,menyeleweng dan pecah amanah seperti curi tulang,curi masa untuk meniaga sambilan dalam waktu bekerja/bertugas,guna kenderaan syrikat,kerajaan untuk kepentingan peribadi,utamakankan kawan-kawan dan keluarga untuk mengisi kokosongan jawatan,pembelian rumah-rumah melalui suk,kelulusan tender,pinjaman,pemberian tanah,biasiswa hingalah keperingkat tertinggi dalam kerjaan yang mengamalkannya.SEDAR KAH KITA SEMUA AMALAN ITU ADALAH HARAM.???PENDAPATAN KITA HARAM.??BAGI MAKAN ANAK-BINI-KELUARGA DENGAN DUIT HARAM.MEMBESAR DAN HIDUPU DARI HASIL HARAM??TEMPAT TINGGAL,KENDERAAN DAN PAKAIAN DIMOLIKI DENGAN CARA YANG HARAM??? SEDARKAH KITA??!! SEDARKAH MELAYU SEMUA??? BETAPA HINA NYA BANGSA MELAYU KERANA TIDAK BERIMAN!! INILAH PUNCA BANGSA MELAYU MENUJU KEHANCURAN,TIADA MARUAH HARGA DIRI,RUNTUH AKHLAK!!! KERANA SUDAH BEBERAPA GENERASI MELAYU HIDUP,MEMBESAR DAN BERGELUMANG DENGAN PERKARA HARAM!!TERKINI,KERAJAAN HARAM!!

SEBELUM BANGSA MELAYU DILENYAPKAN DARI MUKA-BUMI INI,AYUHLAH KITA KEMBALI KEPADA ISLAM.TIADA YANG SEMPURNA SELAIN ISLAM.BERSAMALAH KITA MENGANGKAT DAN MELETAKKAN ISLAM DI TEMPAT YANG TERTINGI DAN YANG SEPATUTNYA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN MALAYSIA DAN DUNIA INI UNTUK HARI INI DAN AKHIRAT.ISLAM PENYELESAIAN!ISLAM PENYELAMAT!! ALLAHUAKBAR!!

1.MELAYU TANPA ISLAM,AYAM TAK PATUK ITIK TAK SUDU

Mat rempit lagi!Mat rempit kini dinamakan samseng jalan raya.Aku fikir anggota polis dan jpj lagi samseng di jalan raya dengan kenderaan peribadi mereka yang boleh di ubah-suai sebebas nya dan parking serta memotong sesuka hati macam jalan bapak mereka dek kerana kebal dari tindakan undang-undang.Malah surat saman sedara mara pun boleh disettlekan.maka,sesiapa Panggil mat rempit ni mat rempit akan di i.s.a kan hehehehe..Apa punya bahlol pihak berkuasa,kerajaan dan media malaysia ni?!Tidak kira siapa,asalkan orang muda sahaja,ada motor terus di labelkan mat rempit.Itu pasal lah masalah ini tak dapat diselesaikan hingga hari ini dek kebangangan mereka ini yang masih tidak tahu punca masalah nya.Mat yang memang mat motor panggil mat rempit,budak pesakit dadah yang meragut dan tunggang motor panggil mat rempit,budak keturunan lanun yang merompak gunakan motor pun kira mat rempit juga,budak student yang tengah ketagih sex kemaruk angkut bohsia pun dipanggil mat rempit,teruna bawak dara datang dari kampung jalan-jalan makan angin pun mat rempit kira sesiapa saja lah yang bawak moto,kira nampak rugged dikira mat rempit!!bodoh!!apa kebenda lah banyak sangat taik dalam otak diorang(pihak yang bertanggungjawab\pihak berkuasa).Banyak makan semut!! ni!! Itu pasal lah bila malam operasi habis semua penunggang motor yang muda di angkut ke balai!!Kejer senang!!! Bawak moto,mat rempit!! peragut!! perogol!!
Mat rempit adalah mereka yang gila moto ini sudah lama wujud dan dulu di kenal mat motor,mat lumba haram dan macam-macam lagi la.INI SEBENARNYA HANYALAH TREND ORANG MUDA YANG GILA MOTOR.Tidak melarat sampai ke tua. Malah mat-mat motor yang dulu kaki lumba kini ramai yang berjaya dan berjawatan tinggi.Mereka ini ada yang minat berlumba,akrobatik dan stunt,make-up moto bagi cantik dan trendy,klub dan air brush.Trend mereka dari zaman RD,YP,RXS,RAIDER,JET-COOLED,RXZ,RG,EX5,SCUTER V150,125Z dan ntah apa-apa lagi lah yang terkini.Meraka ini hanyalah orang muda yang minat gila terhadap motor!! mengikut arus dan trend!!APA KENA MENGENA MEREKA DENGAN PERAGUT YANG ISAP DADAH? SEBAB SAMA BAWAK MOTOR?KEPADA PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN BUAT KEJER LA,JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT KESIMPULAN.KESIMPULAN TOLOL PULA TU!! BUAT KEJER MUDAH!!

Kita juga harus sedar walau apa masalah keruntuhan akhlak,penyakit sosial dan benda-benda yang merosakkan majoriti yang terlibat adalah bangsa melayu.PERNAH KITA RENUNGKAN MENGAPA,KENAPA DAN BAGAIMANA AGAKNYA INI BOLEH BERLAKU? KERANA BANGSA MELAYU KINI SEOLAH-OLAH TIADA AGAMA DAN PEGANGAN.AGAMA HANYA SEPERTI KETURUNAN,ADAT DAN BUDAYA TINGGALAN NENEK-MOYANG.BANGSA MELAYU KEMBALI HIDUP SEPERTI ZAMAN JAHILLIYAH....

Jumaat, 22 Mei 2009

PEMUDA HARAPAN NEGARA

YA!! Pemuda harapan negara lebih-lebih lagi bila pilihanraya.Ada 4 juta orang muda yang akan pertama kali mengundi untuk pilihanraya ke 13 nanti.4 juta orang muda ini adalah pemuda yang Berani,Bijak dan Bermaklumat.Malah dengan sikap terbuka ini telah membuat kerajaan BN hidupnya tak keruan.Pemuda-pemuda ini nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang malah ramai yang membangkang di dalam kerajaan.Pemuda-pemuda ini inginkan perubahan di dalam sistem pemerintahan Malaysia.
Pemuda-pemuda ini bangun dan menyatakan pendirian kerana mereka sudah jijik dan sedar dengan hakikat betapa kurop nya pemerintah seperti ini.Pemuda-pemuda ini pemuda yang matang dan berwawasan yang tidak mungkin boleh terpengaruh dengan janji manis,fitnah,propaganda,moto,slogan, dan deklarasi kosong mana-mana pemimpin di Malaysia.

Oleh itu,kami pemuda-pemuda ingin memberi amaran keras kepada kerajaan BN untuk berubah atau BN akan kami 'GO LET GO' kan ke muzium.Kami pemuda sudah bosan dengan korupsi,kronisma,repotisma,fasisma,rasisma,propaganda,deklarasi kosong, dan sandiwara BN.
Ini pendirian dan BN perlukan kesedaran.Jika BN masih anggap kami pemuda hanya termakan pujuk dan 'dipengaruhi' pihak pembangkang,masih tidak akui kemusnahan parti anda,MASIH TAK MAHU BERUBAH DAN DAN TERUS DI IKUTKAN PERASAAN....
BN AKAN DI YASINKAN PADA PRU KE 13.. INSYA ALLAH...

SELSEMA BABI VS SELSEMA RASUAH

Perang,Banjir besar,AIDS,Gempa bumi,SARS,Selsema burung,Tsunami dan kini Selsema Babi.Apa lagi yang umat manusia nak tunggu untuk berubah? Mungkin nak tunggu matahari terbit dari Barat kot...Mm..
Hari ini namanya sudah bertukar kepada H1N1.Mungkin kepada sesiapa yang cepat sangat nak ubah dari selsema babi kepada H1N1 ni peminat babi nombor satu kot..Sebab tu cepat sangat tukar nama penyakit ni..Tak sampai hati nak salahkan babi.Tak macam selsema burung.Babi ni dah la tak berapa nak hensem tapi ramai sangat yang suka padanya.Kawan aku Cina jual ikan Wong,terang pada aku makhluk babi ni keseluruhannya boleh di makan.Daging,lemak,kulit,mata,hidung dan semua la kecuali taik babi je yang tak boleh makan.Dalam dunia ni banyaklah penggemar hidangan babi ni.Kalau bukan kerana amalan nenek moyang melayu dan agama tak boleh makan babi ,dah lama ramai melayu yang akan makan babi.Melayu cuma geli dan jijik tengok babi.Kalau babi buat pembedahan plastik dan jadi hensem macam kuda laut,maka tanpa segan silu di makannya babi oleh melayu-melayu ni..Melayu tak makan babi kerana geli dan jijik bukan sebab babi tu haram bagi orang Islam.
Apa masalahnya melayu nak makan babi haram,minum arak haram,selamba je. Kenapa haram melayu nak makan babi,makan duit judi haram selamba je..Dah apa bezanya melayu makan babi dengan melayu yang makan duit rasuah haram yang sedap hingga menjilat jari.. HeHeHe...Makan Babi Haram konon,ARAK,DUIT JUDI dan DUIT RASUAH TU TAK HARAM..
Arak nak minum,Babi tak nak makan.Apa bezanya..Tapi kes arak ni nampak macam bodohlah pulak.Jabatan Agama tangkap Melayu minum arak tapi dibenarkan perempuan Melayu jadi GRO,penyanyi dangdut,DJ dan penghidang arak.Tapi Melayu minum arak tangkap.Bodoh tak?Apa pun depa nak kata mana ada Melayu kerja dengan arak-arak ni..HeHeHe...
Makan duit judi tapi makan babi 'haram' konon.Daripada kaki-kaki judi ni dok perabih duit berjudi yang memang jarang Melayu menang,kan lebih baik korang bela babi gerenti untung kot..Bulan 12 babi beranak 12 ekor.Ha..Kalau 10 ekor babi korang bunting,pak cik kaya la..Untuk lawan selsema babi bagi babi korang ubat resdung dan jangan bagi makan seafood o.k.. Selain duit judi,yang duit babi haram ini juga boleh buat tampung hidup korang sekeluarga untuk hidup.
Dan last Babi Haram,Duit Rasuah Haram malah Perasuah memang Babi..Tanggung anak bini dengan duit haram rasuah,tapi kenapa tak beli kilang babi bawak balik rumah makan anak beranak?HARAM? DUIT RASUAH TAK HARAM?
RASUAH NI PERMAINAN ORANG KAYA,TAMAK,ADA KUASA,GILA KUASA,NAK KAYA DAN TERUS KAYA SEBAB DUIT NAK BAWAK MASUK SEKALI DALAM KUBUR..TAPI INGATLAH,KERANA KORANG RASUAH RAMAI YANG TERANIAYA DAN DOA ORANG YANG TERANIAYA DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T.. Amin...