Jumaat, 22 Mei 2009

SELSEMA BABI VS SELSEMA RASUAH

Perang,Banjir besar,AIDS,Gempa bumi,SARS,Selsema burung,Tsunami dan kini Selsema Babi.Apa lagi yang umat manusia nak tunggu untuk berubah? Mungkin nak tunggu matahari terbit dari Barat kot...Mm..
Hari ini namanya sudah bertukar kepada H1N1.Mungkin kepada sesiapa yang cepat sangat nak ubah dari selsema babi kepada H1N1 ni peminat babi nombor satu kot..Sebab tu cepat sangat tukar nama penyakit ni..Tak sampai hati nak salahkan babi.Tak macam selsema burung.Babi ni dah la tak berapa nak hensem tapi ramai sangat yang suka padanya.Kawan aku Cina jual ikan Wong,terang pada aku makhluk babi ni keseluruhannya boleh di makan.Daging,lemak,kulit,mata,hidung dan semua la kecuali taik babi je yang tak boleh makan.Dalam dunia ni banyaklah penggemar hidangan babi ni.Kalau bukan kerana amalan nenek moyang melayu dan agama tak boleh makan babi ,dah lama ramai melayu yang akan makan babi.Melayu cuma geli dan jijik tengok babi.Kalau babi buat pembedahan plastik dan jadi hensem macam kuda laut,maka tanpa segan silu di makannya babi oleh melayu-melayu ni..Melayu tak makan babi kerana geli dan jijik bukan sebab babi tu haram bagi orang Islam.
Apa masalahnya melayu nak makan babi haram,minum arak haram,selamba je. Kenapa haram melayu nak makan babi,makan duit judi haram selamba je..Dah apa bezanya melayu makan babi dengan melayu yang makan duit rasuah haram yang sedap hingga menjilat jari.. HeHeHe...Makan Babi Haram konon,ARAK,DUIT JUDI dan DUIT RASUAH TU TAK HARAM..
Arak nak minum,Babi tak nak makan.Apa bezanya..Tapi kes arak ni nampak macam bodohlah pulak.Jabatan Agama tangkap Melayu minum arak tapi dibenarkan perempuan Melayu jadi GRO,penyanyi dangdut,DJ dan penghidang arak.Tapi Melayu minum arak tangkap.Bodoh tak?Apa pun depa nak kata mana ada Melayu kerja dengan arak-arak ni..HeHeHe...
Makan duit judi tapi makan babi 'haram' konon.Daripada kaki-kaki judi ni dok perabih duit berjudi yang memang jarang Melayu menang,kan lebih baik korang bela babi gerenti untung kot..Bulan 12 babi beranak 12 ekor.Ha..Kalau 10 ekor babi korang bunting,pak cik kaya la..Untuk lawan selsema babi bagi babi korang ubat resdung dan jangan bagi makan seafood o.k.. Selain duit judi,yang duit babi haram ini juga boleh buat tampung hidup korang sekeluarga untuk hidup.
Dan last Babi Haram,Duit Rasuah Haram malah Perasuah memang Babi..Tanggung anak bini dengan duit haram rasuah,tapi kenapa tak beli kilang babi bawak balik rumah makan anak beranak?HARAM? DUIT RASUAH TAK HARAM?
RASUAH NI PERMAINAN ORANG KAYA,TAMAK,ADA KUASA,GILA KUASA,NAK KAYA DAN TERUS KAYA SEBAB DUIT NAK BAWAK MASUK SEKALI DALAM KUBUR..TAPI INGATLAH,KERANA KORANG RASUAH RAMAI YANG TERANIAYA DAN DOA ORANG YANG TERANIAYA DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T.. Amin...

Tiada ulasan: