Khamis, 28 Mei 2009

2.MELAYU TANPA ISLAM!! ISLAM PENYELESAIAN,ISLAM PENYELAMAT!!

Masalah penyakit sosial serta keruntuhan akhlak rakyat dan pemimpin berbangsa melayu yang semakin parah kini berpunca dengan bangsa melayu itu sendiri sudah seolah tidak lagi beriman dengan ISLAM.Begitu angkuh,sempit,sombong dan perasan bagus dengan semangat kecintaan dan ketaksuban kebangsaan melayu.Hidup di tanah melayu yang seluas kangkang anak kera.Hebat sangat konon.Sedarlah kita hakikat melayu tanpa islam hanyalah bangsa yang terlalu kecil,hina dan lemah malah ayam tak ingin nak patut,itik tak sudi nak sudu dan babi tak lalu nak sondol!!Contohnya ada di dalam al-quran yang ada menyebut perihal bangsa-kaum dahulu yang lebih gah dan hebat,jauh lebih kedepan dari melayu tetapi kini telah dilenyapkan dari muka-bumi dek kerana kekufuran kaum itu.MELAYU INI ENTAH APA-APA SAHAJA.

Cara hidup melayu hari ini hampir sama malah telah kembali sama seperti zaman jahilliyah.KITA KINI PERINTIS JAHILLIYAH MODEN ABAD KE21.Hidup pentingkan duniawi,hiburan melampau dan perkara haram-mungkar adalah rutin biasa malah jadi kebanggaan dan anggap moden serta maju.Pecah amanah,arak,maksiat,judi,rasuah,menipu,salah-guna kuasa dan pelbagai amalan hina melayu anggap biasa,cool,kebanggaan,hebat,amalan biasa dan maju malah melayu kini seolah-olah BERASA MALU DAN TERHINA,KETINGGALAN,KOLOT JIKA MEREKA JUJUR,AMANAH DAN HIDUP MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN SUNNAH NABI.

Cara pemerintah melayu amalkan hari ini untuk memerintah dan untuk terus mengekalkan kuasa mereka juga sama seperti amalan pemerintah jhilliyah kufur dahulu iatu dengan cara mengugut,menakut-nakutkan,menindas dan memperbodoh rakyat.Peniaga-peniaga melayu dari peniaga tepi jalan,kontaktor,stesyen tv dan hiburan hinggalah ke saudagar kapal dilaut,gedung didarat tidak segan-silu menipu,memperdaya,mengamalkan riba' malah tidak mengenal haram-halal hanya kerana nfsu yang mahu kaya cepat dengan apa cara sekali pun.Pihak-pihak berkuasa melayu hanyut dan hancur di ulit amalan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.Pekerja pelbagai jawatan di sektor swasta atau kerajaan tidak jujur,salah guna kuasa,menyeleweng dan pecah amanah seperti curi tulang,curi masa untuk meniaga sambilan dalam waktu bekerja/bertugas,guna kenderaan syrikat,kerajaan untuk kepentingan peribadi,utamakankan kawan-kawan dan keluarga untuk mengisi kokosongan jawatan,pembelian rumah-rumah melalui suk,kelulusan tender,pinjaman,pemberian tanah,biasiswa hingalah keperingkat tertinggi dalam kerjaan yang mengamalkannya.SEDAR KAH KITA SEMUA AMALAN ITU ADALAH HARAM.???PENDAPATAN KITA HARAM.??BAGI MAKAN ANAK-BINI-KELUARGA DENGAN DUIT HARAM.MEMBESAR DAN HIDUPU DARI HASIL HARAM??TEMPAT TINGGAL,KENDERAAN DAN PAKAIAN DIMOLIKI DENGAN CARA YANG HARAM??? SEDARKAH KITA??!! SEDARKAH MELAYU SEMUA??? BETAPA HINA NYA BANGSA MELAYU KERANA TIDAK BERIMAN!! INILAH PUNCA BANGSA MELAYU MENUJU KEHANCURAN,TIADA MARUAH HARGA DIRI,RUNTUH AKHLAK!!! KERANA SUDAH BEBERAPA GENERASI MELAYU HIDUP,MEMBESAR DAN BERGELUMANG DENGAN PERKARA HARAM!!TERKINI,KERAJAAN HARAM!!

SEBELUM BANGSA MELAYU DILENYAPKAN DARI MUKA-BUMI INI,AYUHLAH KITA KEMBALI KEPADA ISLAM.TIADA YANG SEMPURNA SELAIN ISLAM.BERSAMALAH KITA MENGANGKAT DAN MELETAKKAN ISLAM DI TEMPAT YANG TERTINGI DAN YANG SEPATUTNYA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN MALAYSIA DAN DUNIA INI UNTUK HARI INI DAN AKHIRAT.ISLAM PENYELESAIAN!ISLAM PENYELAMAT!! ALLAHUAKBAR!!

2 ulasan:

ISAC berkata...

Bro...Itu tuduhan melulu...

Mana ada orang amik rasuah terang2an...

Mana ade org berzina secara terang2an...

Bercakap kena benar bro...Apa lagi bila mengaku ingin menegakkan Islam.

Casi = Isac

rakyatbiasa berkata...

nak tunggu sampai berlaku terang-terangan ker baru nak sedar..?