Ahad, 15 Februari 2009

MABUK(Antara mainan politik,nasionalis dan patriot)


Mutakhir ini kita boleh melihat yang rakyat Malaysia dan blogger sudah mabuk politik.Sehinggakan setiap pendapat,pendirian,situasi dan apa sahaja mesti di nilai dari sudut politik.Tidak semestinya jika seseorang itu sependapat dengan kerajaan tentang satu-satu isu itu mesti di-CHAP penyokong BN dan jika setuju dengan pendapat PAKATAN RAKYAT di-CHAP pembangkang.PERKARA YANG SALAH TETAP SALAH DAN KEBENARAN TETAP KEBENARAN TIDAK KIRA DIPIHAK MANA.Aku lebih suka meng-CHAP kan pendapat aku bersifat PATRIOT dengan semangat NASIONALIS.Lebih terbuka dan ikhlas.Bukan untuk kepentingan PARTI tapi untuk kepentingan kita rakyat bersama.Merentasi batas politik dan perkauman.

Kita lihat isu Sultan Perak dengan dari sudut pandangan seorang patriot bersemangat nasionalis.Tidak menjadi masalah dengan titah Tuanku agar PR undur dari terus menerajui Perak.Mungkin kerana Tuanku tidak mahu Perak akan menjadi seperti Pulau-pinang.Ini kerana nampaknya PR DI Perak lebih mementingkan CINA.Belum sampai setahun memerintah sudah mahu menganugerahkan tanah kepada 1000 bangsa CINA.Jika jalannya betul, mengapa tidak diberikan juga kepada MelaYU DAN India? Kalau 5 tahun memerintah apa jadi dengan semua tanah di Perak?

Begitu juga dengan isu PPSMI tidak akan selesai jika hanya dilihat dari sudut politik dan perkauman.Ini kerana bukan hanya matematik dan sains sahaja yang mesti dikembalikan ke bahasa MELAYU,tetapi SEMUA ANAK-ANAK MALAYSIA MESTI BERSEKOLAH DI SATU SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN SAHAJA.MANSUH KAN SEKOLAH YANG HANYA UNTUK SATU-SATU BANGSA SAHAJA KERANA SEKOLAH INI IBU KEPADA MASALAH PERPADUAN KAUM.MENOLAK BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN SECARA TERANGAN.SATU SEKOLAH ALIRAN BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA DAN TAMBAH KAN SAHAJA BAHASA INGGERIS,CHINA DAN INDIA DALAM PEMBELAJARAN.AKAN WUJUD LAH NANTI BANGSA MALAYSIA YANG HEBAT DI MATA DUNIA.

BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA PERPADUAN.TEGASKANLAH!!

Tiada ulasan: