Rabu, 13 Mei 2009

SELAMAT


Sempena hari ibu ini mari lah kita bersama lebih menghargai ibu kita.Kerana Terkadang kita lebih menjaga hati orang lain lebih dari menjaga hati ibu kita,kita lebih mendahulukan dan mementingkan orang dan menda lain lebih dari ibu kita,memahami dan menghormati orang dan menda lain,menyayangi dan memberi perhatian dan mahu mengenali orang lain lebih dari orang dan menda lain lebih dari kita berikan kepada ibu kita.Tanpa sedar,sedar dan mungkin anggap itu tidak penting.Tanpa kita sedari kita sebenarnya terlalu jauh dan asing dari ibu kita sendiri.IBU,hanya satu untuk dunia dan akhirat.Janganlah kita begitu alpa dan lalai terhadap ibu.Sayangi,kenali,renungi dan dekati ibu kita mulai hari ini.Peluk cium lah mereka ketika bertemu dan berpisah,kerana ramai dikalangan manusia yang hanya ingin memeluk dan cium ibu mereka ketika dia sudah mati dan bergelar mayat.AKU SAYANG EMAK,BAPAK DAN KELUARGA AKU.SELAMAT HARI IBU,DUNIA!!

Juga selamat ulangtahun ke 63 buAT UMNO.Dah tua renta!Kebiasaannya kalau umur dah melebihi 40an,dah memang tak boleh berubah.Kalau memang busuk punya hati,memang dah tak boleh harap! bertaubat saje lah kita yek! dah nampak sangat asyik membuang tebiat kebelakangan nia.Tak lama dah tu!!heheheheh

Dan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh dunia.Gelaran guru adalah sesuatu yang mulia serta terpuji dan jangan laH anda menjerumuskan diri kelembah yang paling hina serta keji dengan menjadi guru seandainya tidak sanggup memikul tanggungjawab dan menjaga amanah sebagai guru.Beruntunglah bagi golongan guru yang mengharap redho dan keberkatan ilahi untuk di dunia dan akhirat.Dan teramat celakalah kepada golongan guru yang pernah berkata"awak boleh lah cakap sebab hanya jaga anak 3,4 orang je di rumah,kami ni cikgu nak jaga 40 orang murid masa mengajar.Macam mana nak jaga.PIKIR LAH SIKIT".Woi cik kak! 40 orang ke,100 orang ke kena jaga dalam kelas itu tanggungjawab dan amanah kepada korang! kalau tak sanggup,jangan jadi cikgu!cari kerja lain.sebelum kamu sanggup terima jawatan kenapa tak pikir tentang tanggungjawab dan anmanah yang besar tu?!!! pikir nak gaji je!! nak pencen?!!nak cuti banyak? nak senang dapat jawatan dalam umno? atau tak nak pun tapi mintak je dapat,terima je lah?!! atau takder kejer lain yang terima korang!! BILA DAH KORANG MATI NANTI,KORANG PASTI TIDAK TERLEPAS DENGAN PERTANYAAN BAGAIMANA KORANG MENJAGA AMANAH KORANG.JAWAP LAH!!!

Juga selamat hari jururawat.hehehehe berul ker ni?? sama lah kita jaga amanah dan tanggungjawab ok!! besar tanggungjawab MISI ni!Kalau tak sanggup dan setakat nak makan gaji jer,takyah lah!rontikanlah! cari ajo kojo lain k!!

Tiada ulasan: