Selasa, 12 Mei 2009

ANAK SAPER LAA...

TAHNIAH diucapkan kepada PDRM Pahang atas kejayaan mereka mengesan DADAH yang dipercayai Dadah jenis Syabu yang bernilai lebih RM 200 JUTA. Ini merupakan sejarah kes dadah terbesar di Malaysia. Harap ada pihak yang akan didakwa dan disabit atas kes ini. Harap janganlah kes ini menjadi sejarah kes dadah terbesar yang tiada tangkapan dan sesiapa disabit kesalahan,atau kes gugur sebab tak cukup bukti. Janganlah pulak dadah sebanyak ini boleh 'hilang' begitu sahaja seperti yang berlaku di Johor(Syabu RM 1 juta hilang dari simpanan PDRM Johor).. HAHAHA.... Atau pun tiba-tiba dadah berlori ini bertukar jadi 'benda' lain setelah di timbang-timbang. Lagilah lawak!! Sebab dengar kata polis Malaysia kemaruk dengan Duit Haram. Apa pun boleh jadi.
TAPI AKU NAK CERITA BAB KERAJAAN BAHLOL SEBENARNYA.. TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU HARGA AYAM NAIK.
YANG SEDAPNYA,ANAK SAPER LAH YANG CERDIK SANGAT BAGI IDEA SUPAYA RAKYAT MALAYSIA MAKAN AYAM 2 KALI SAHAJA SEMINGGU. APALAH JENIS KAPASITI OTAK MEREKA INI YERKK!!
Isunya sekarang ialah kenapa harga ayam tidak dapat di kawal dan di pantau oleh kerajaan!! Kenapa nak belit-belit dan berdolak-dalik alih pandangan kepada isu lain. Kerajaan Lemah,Dayus,Tolol dan maliul yang tidak mampu nak kawal harga ayam,rakyat yang dipersalahkan.Kononnya rakyat suka sangat makan ayamlah,banyak pilihan makanan selain ayam seperti babi,unta,zirafah,badak air,kuda laut dan siput babi boleh menggantikan ayamlah,boikot ayamlah dan macam-macam lagilah Idea Bahlol.
YANG BENGONGNYA ADA JUGAK RAKYAT YANG BONGOK BERSETUJU.Isu Harga!!Sepatutnya kerajaan wajib mengawal dan menetapkan harga ayam dari peladang-pemborong. Bukan menetapkan harga syiling kepada peniaga runcit ayam.Kalau peruncit di tetap untuk hanya boleh menjual RM 6 sekilo ayam tetapi peladang-pemborong jual kepada peruncit dengan harga RM 5.50,apa yang peruncit dapat?Maka peruncit akan jual dengan harga yang munasabah bagi mereka kepada pengguna.Kesimpulannya peruncit dan rakyat pengguna jadi mangsa.Pemborong-peladang-kerajaan gelak besar..Kerajaan RASUAH,rakyat PARAH.Apa sahaja masalah rakyat kebanyakkannya adalah berpunca dari kelemahan dan kebongokan kerajaan.
Pertama bab harga barang. Ni kita tengok pulak isu yang agak panas jugak iaitu "VSS".Sekarang aku tengok mat-mat dan minah-minah kilang Malaysia galak benar berdemo.Baru ni berdemo depan kilang marahkan tokey kerana "VSS"kan mat dan minah kilang tempatan kemudiannya digantikan dengan pekerja dari PLANET MARIKH.
Wahai mat-mat dan minah-minah kilang semua.Kenapa nak marahkan tokey kilang?Mereka buat sesuka hati mereka kerana kerajaan tidak tegas kepada tokey-tokey kilang ni!!Mereka buat apa sahaja kerajaan tidak buat apa tindakan dan membela rakyat.Punca mat-mat dan minah-minah kilang teraniaya adalah kerana kerajaan tak ambil peduli dan dayus.Kerajaan puncanya!!Lebih baik korang bersatu beramai-ramai pergi berdemo di depan PM atau kementerian berkenaan.Tuntut hak dan keadilan untuk korang.Jangan harapkan pihak lain!!Inilah tindakan yang paling bijak dan kena pada tempat dan waktunya..
Mesej ini juga untuk mereka yang mungkin hari ini sedang berkumpul bertegang urat dengan pemaju perumahan dek kerana pelbagai masalah yang dialami kepada rumah yang baru didiami ataupun rumah dibeli x siap-siap,atau rumah baru retak seribu,rumah flet masalah lif dan apa-apa lagi lah...
Apa guna berdemo,bersepanduk,bertekak,bersilat,bersilambam dengan pemaju..Bukan itu musuh dan punca semua yang sebenarnya.Pemaju tu kan bisnesman,dah tentulah penyamun..Apa yang mereka tahu ialah buat duit..Lagi jimat kos,lagi banyak untung lagi mereka suka..Apa mereka pedulikan tentang mutu dan keselamatan!!Tapi MENGAPA kerajaan tidak pastikan penyamun-penyamun tiada peluang untuk menipu rakyat yang membeli??Kerajaan pun x boleh buat apa-apa ke??Kenapa kerajaan tidak perketatkan un dang-undang untuk kelulusan sesuatu binaan?Kerajaan ada kuasa untuk selesaikan masalah ni...tetapi kerajaan tau dok nganga..Kerajaan punca dan musuh mereka sebenar! Pegi berdemo protes dengan kerajaan la..Tuntut untuk anda dan semua!Pemaju dan tokey besar yang lain penyamun,penipu,kerajaan lanun,pembelit..Rakyat buta,pekak,bisu.. Ha!! Dah kenala tu.. Anak saper la yerk!!

Tiada ulasan: