Khamis, 28 Mei 2009

2.MELAYU TANPA ISLAM!! ISLAM PENYELESAIAN,ISLAM PENYELAMAT!!

Masalah penyakit sosial serta keruntuhan akhlak rakyat dan pemimpin berbangsa melayu yang semakin parah kini berpunca dengan bangsa melayu itu sendiri sudah seolah tidak lagi beriman dengan ISLAM.Begitu angkuh,sempit,sombong dan perasan bagus dengan semangat kecintaan dan ketaksuban kebangsaan melayu.Hidup di tanah melayu yang seluas kangkang anak kera.Hebat sangat konon.Sedarlah kita hakikat melayu tanpa islam hanyalah bangsa yang terlalu kecil,hina dan lemah malah ayam tak ingin nak patut,itik tak sudi nak sudu dan babi tak lalu nak sondol!!Contohnya ada di dalam al-quran yang ada menyebut perihal bangsa-kaum dahulu yang lebih gah dan hebat,jauh lebih kedepan dari melayu tetapi kini telah dilenyapkan dari muka-bumi dek kerana kekufuran kaum itu.MELAYU INI ENTAH APA-APA SAHAJA.

Cara hidup melayu hari ini hampir sama malah telah kembali sama seperti zaman jahilliyah.KITA KINI PERINTIS JAHILLIYAH MODEN ABAD KE21.Hidup pentingkan duniawi,hiburan melampau dan perkara haram-mungkar adalah rutin biasa malah jadi kebanggaan dan anggap moden serta maju.Pecah amanah,arak,maksiat,judi,rasuah,menipu,salah-guna kuasa dan pelbagai amalan hina melayu anggap biasa,cool,kebanggaan,hebat,amalan biasa dan maju malah melayu kini seolah-olah BERASA MALU DAN TERHINA,KETINGGALAN,KOLOT JIKA MEREKA JUJUR,AMANAH DAN HIDUP MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN SUNNAH NABI.

Cara pemerintah melayu amalkan hari ini untuk memerintah dan untuk terus mengekalkan kuasa mereka juga sama seperti amalan pemerintah jhilliyah kufur dahulu iatu dengan cara mengugut,menakut-nakutkan,menindas dan memperbodoh rakyat.Peniaga-peniaga melayu dari peniaga tepi jalan,kontaktor,stesyen tv dan hiburan hinggalah ke saudagar kapal dilaut,gedung didarat tidak segan-silu menipu,memperdaya,mengamalkan riba' malah tidak mengenal haram-halal hanya kerana nfsu yang mahu kaya cepat dengan apa cara sekali pun.Pihak-pihak berkuasa melayu hanyut dan hancur di ulit amalan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.Pekerja pelbagai jawatan di sektor swasta atau kerajaan tidak jujur,salah guna kuasa,menyeleweng dan pecah amanah seperti curi tulang,curi masa untuk meniaga sambilan dalam waktu bekerja/bertugas,guna kenderaan syrikat,kerajaan untuk kepentingan peribadi,utamakankan kawan-kawan dan keluarga untuk mengisi kokosongan jawatan,pembelian rumah-rumah melalui suk,kelulusan tender,pinjaman,pemberian tanah,biasiswa hingalah keperingkat tertinggi dalam kerjaan yang mengamalkannya.SEDAR KAH KITA SEMUA AMALAN ITU ADALAH HARAM.???PENDAPATAN KITA HARAM.??BAGI MAKAN ANAK-BINI-KELUARGA DENGAN DUIT HARAM.MEMBESAR DAN HIDUPU DARI HASIL HARAM??TEMPAT TINGGAL,KENDERAAN DAN PAKAIAN DIMOLIKI DENGAN CARA YANG HARAM??? SEDARKAH KITA??!! SEDARKAH MELAYU SEMUA??? BETAPA HINA NYA BANGSA MELAYU KERANA TIDAK BERIMAN!! INILAH PUNCA BANGSA MELAYU MENUJU KEHANCURAN,TIADA MARUAH HARGA DIRI,RUNTUH AKHLAK!!! KERANA SUDAH BEBERAPA GENERASI MELAYU HIDUP,MEMBESAR DAN BERGELUMANG DENGAN PERKARA HARAM!!TERKINI,KERAJAAN HARAM!!

SEBELUM BANGSA MELAYU DILENYAPKAN DARI MUKA-BUMI INI,AYUHLAH KITA KEMBALI KEPADA ISLAM.TIADA YANG SEMPURNA SELAIN ISLAM.BERSAMALAH KITA MENGANGKAT DAN MELETAKKAN ISLAM DI TEMPAT YANG TERTINGI DAN YANG SEPATUTNYA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN MALAYSIA DAN DUNIA INI UNTUK HARI INI DAN AKHIRAT.ISLAM PENYELESAIAN!ISLAM PENYELAMAT!! ALLAHUAKBAR!!

1.MELAYU TANPA ISLAM,AYAM TAK PATUK ITIK TAK SUDU

Mat rempit lagi!Mat rempit kini dinamakan samseng jalan raya.Aku fikir anggota polis dan jpj lagi samseng di jalan raya dengan kenderaan peribadi mereka yang boleh di ubah-suai sebebas nya dan parking serta memotong sesuka hati macam jalan bapak mereka dek kerana kebal dari tindakan undang-undang.Malah surat saman sedara mara pun boleh disettlekan.maka,sesiapa Panggil mat rempit ni mat rempit akan di i.s.a kan hehehehe..Apa punya bahlol pihak berkuasa,kerajaan dan media malaysia ni?!Tidak kira siapa,asalkan orang muda sahaja,ada motor terus di labelkan mat rempit.Itu pasal lah masalah ini tak dapat diselesaikan hingga hari ini dek kebangangan mereka ini yang masih tidak tahu punca masalah nya.Mat yang memang mat motor panggil mat rempit,budak pesakit dadah yang meragut dan tunggang motor panggil mat rempit,budak keturunan lanun yang merompak gunakan motor pun kira mat rempit juga,budak student yang tengah ketagih sex kemaruk angkut bohsia pun dipanggil mat rempit,teruna bawak dara datang dari kampung jalan-jalan makan angin pun mat rempit kira sesiapa saja lah yang bawak moto,kira nampak rugged dikira mat rempit!!bodoh!!apa kebenda lah banyak sangat taik dalam otak diorang(pihak yang bertanggungjawab\pihak berkuasa).Banyak makan semut!! ni!! Itu pasal lah bila malam operasi habis semua penunggang motor yang muda di angkut ke balai!!Kejer senang!!! Bawak moto,mat rempit!! peragut!! perogol!!
Mat rempit adalah mereka yang gila moto ini sudah lama wujud dan dulu di kenal mat motor,mat lumba haram dan macam-macam lagi la.INI SEBENARNYA HANYALAH TREND ORANG MUDA YANG GILA MOTOR.Tidak melarat sampai ke tua. Malah mat-mat motor yang dulu kaki lumba kini ramai yang berjaya dan berjawatan tinggi.Mereka ini ada yang minat berlumba,akrobatik dan stunt,make-up moto bagi cantik dan trendy,klub dan air brush.Trend mereka dari zaman RD,YP,RXS,RAIDER,JET-COOLED,RXZ,RG,EX5,SCUTER V150,125Z dan ntah apa-apa lagi lah yang terkini.Meraka ini hanyalah orang muda yang minat gila terhadap motor!! mengikut arus dan trend!!APA KENA MENGENA MEREKA DENGAN PERAGUT YANG ISAP DADAH? SEBAB SAMA BAWAK MOTOR?KEPADA PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN BUAT KEJER LA,JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT KESIMPULAN.KESIMPULAN TOLOL PULA TU!! BUAT KEJER MUDAH!!

Kita juga harus sedar walau apa masalah keruntuhan akhlak,penyakit sosial dan benda-benda yang merosakkan majoriti yang terlibat adalah bangsa melayu.PERNAH KITA RENUNGKAN MENGAPA,KENAPA DAN BAGAIMANA AGAKNYA INI BOLEH BERLAKU? KERANA BANGSA MELAYU KINI SEOLAH-OLAH TIADA AGAMA DAN PEGANGAN.AGAMA HANYA SEPERTI KETURUNAN,ADAT DAN BUDAYA TINGGALAN NENEK-MOYANG.BANGSA MELAYU KEMBALI HIDUP SEPERTI ZAMAN JAHILLIYAH....

Jumaat, 22 Mei 2009

PEMUDA HARAPAN NEGARA

YA!! Pemuda harapan negara lebih-lebih lagi bila pilihanraya.Ada 4 juta orang muda yang akan pertama kali mengundi untuk pilihanraya ke 13 nanti.4 juta orang muda ini adalah pemuda yang Berani,Bijak dan Bermaklumat.Malah dengan sikap terbuka ini telah membuat kerajaan BN hidupnya tak keruan.Pemuda-pemuda ini nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang malah ramai yang membangkang di dalam kerajaan.Pemuda-pemuda ini inginkan perubahan di dalam sistem pemerintahan Malaysia.
Pemuda-pemuda ini bangun dan menyatakan pendirian kerana mereka sudah jijik dan sedar dengan hakikat betapa kurop nya pemerintah seperti ini.Pemuda-pemuda ini pemuda yang matang dan berwawasan yang tidak mungkin boleh terpengaruh dengan janji manis,fitnah,propaganda,moto,slogan, dan deklarasi kosong mana-mana pemimpin di Malaysia.

Oleh itu,kami pemuda-pemuda ingin memberi amaran keras kepada kerajaan BN untuk berubah atau BN akan kami 'GO LET GO' kan ke muzium.Kami pemuda sudah bosan dengan korupsi,kronisma,repotisma,fasisma,rasisma,propaganda,deklarasi kosong, dan sandiwara BN.
Ini pendirian dan BN perlukan kesedaran.Jika BN masih anggap kami pemuda hanya termakan pujuk dan 'dipengaruhi' pihak pembangkang,masih tidak akui kemusnahan parti anda,MASIH TAK MAHU BERUBAH DAN DAN TERUS DI IKUTKAN PERASAAN....
BN AKAN DI YASINKAN PADA PRU KE 13.. INSYA ALLAH...

SELSEMA BABI VS SELSEMA RASUAH

Perang,Banjir besar,AIDS,Gempa bumi,SARS,Selsema burung,Tsunami dan kini Selsema Babi.Apa lagi yang umat manusia nak tunggu untuk berubah? Mungkin nak tunggu matahari terbit dari Barat kot...Mm..
Hari ini namanya sudah bertukar kepada H1N1.Mungkin kepada sesiapa yang cepat sangat nak ubah dari selsema babi kepada H1N1 ni peminat babi nombor satu kot..Sebab tu cepat sangat tukar nama penyakit ni..Tak sampai hati nak salahkan babi.Tak macam selsema burung.Babi ni dah la tak berapa nak hensem tapi ramai sangat yang suka padanya.Kawan aku Cina jual ikan Wong,terang pada aku makhluk babi ni keseluruhannya boleh di makan.Daging,lemak,kulit,mata,hidung dan semua la kecuali taik babi je yang tak boleh makan.Dalam dunia ni banyaklah penggemar hidangan babi ni.Kalau bukan kerana amalan nenek moyang melayu dan agama tak boleh makan babi ,dah lama ramai melayu yang akan makan babi.Melayu cuma geli dan jijik tengok babi.Kalau babi buat pembedahan plastik dan jadi hensem macam kuda laut,maka tanpa segan silu di makannya babi oleh melayu-melayu ni..Melayu tak makan babi kerana geli dan jijik bukan sebab babi tu haram bagi orang Islam.
Apa masalahnya melayu nak makan babi haram,minum arak haram,selamba je. Kenapa haram melayu nak makan babi,makan duit judi haram selamba je..Dah apa bezanya melayu makan babi dengan melayu yang makan duit rasuah haram yang sedap hingga menjilat jari.. HeHeHe...Makan Babi Haram konon,ARAK,DUIT JUDI dan DUIT RASUAH TU TAK HARAM..
Arak nak minum,Babi tak nak makan.Apa bezanya..Tapi kes arak ni nampak macam bodohlah pulak.Jabatan Agama tangkap Melayu minum arak tapi dibenarkan perempuan Melayu jadi GRO,penyanyi dangdut,DJ dan penghidang arak.Tapi Melayu minum arak tangkap.Bodoh tak?Apa pun depa nak kata mana ada Melayu kerja dengan arak-arak ni..HeHeHe...
Makan duit judi tapi makan babi 'haram' konon.Daripada kaki-kaki judi ni dok perabih duit berjudi yang memang jarang Melayu menang,kan lebih baik korang bela babi gerenti untung kot..Bulan 12 babi beranak 12 ekor.Ha..Kalau 10 ekor babi korang bunting,pak cik kaya la..Untuk lawan selsema babi bagi babi korang ubat resdung dan jangan bagi makan seafood o.k.. Selain duit judi,yang duit babi haram ini juga boleh buat tampung hidup korang sekeluarga untuk hidup.
Dan last Babi Haram,Duit Rasuah Haram malah Perasuah memang Babi..Tanggung anak bini dengan duit haram rasuah,tapi kenapa tak beli kilang babi bawak balik rumah makan anak beranak?HARAM? DUIT RASUAH TAK HARAM?
RASUAH NI PERMAINAN ORANG KAYA,TAMAK,ADA KUASA,GILA KUASA,NAK KAYA DAN TERUS KAYA SEBAB DUIT NAK BAWAK MASUK SEKALI DALAM KUBUR..TAPI INGATLAH,KERANA KORANG RASUAH RAMAI YANG TERANIAYA DAN DOA ORANG YANG TERANIAYA DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T.. Amin...

Rabu, 13 Mei 2009

SELAMAT


Sempena hari ibu ini mari lah kita bersama lebih menghargai ibu kita.Kerana Terkadang kita lebih menjaga hati orang lain lebih dari menjaga hati ibu kita,kita lebih mendahulukan dan mementingkan orang dan menda lain lebih dari ibu kita,memahami dan menghormati orang dan menda lain,menyayangi dan memberi perhatian dan mahu mengenali orang lain lebih dari orang dan menda lain lebih dari kita berikan kepada ibu kita.Tanpa sedar,sedar dan mungkin anggap itu tidak penting.Tanpa kita sedari kita sebenarnya terlalu jauh dan asing dari ibu kita sendiri.IBU,hanya satu untuk dunia dan akhirat.Janganlah kita begitu alpa dan lalai terhadap ibu.Sayangi,kenali,renungi dan dekati ibu kita mulai hari ini.Peluk cium lah mereka ketika bertemu dan berpisah,kerana ramai dikalangan manusia yang hanya ingin memeluk dan cium ibu mereka ketika dia sudah mati dan bergelar mayat.AKU SAYANG EMAK,BAPAK DAN KELUARGA AKU.SELAMAT HARI IBU,DUNIA!!

Juga selamat ulangtahun ke 63 buAT UMNO.Dah tua renta!Kebiasaannya kalau umur dah melebihi 40an,dah memang tak boleh berubah.Kalau memang busuk punya hati,memang dah tak boleh harap! bertaubat saje lah kita yek! dah nampak sangat asyik membuang tebiat kebelakangan nia.Tak lama dah tu!!heheheheh

Dan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh dunia.Gelaran guru adalah sesuatu yang mulia serta terpuji dan jangan laH anda menjerumuskan diri kelembah yang paling hina serta keji dengan menjadi guru seandainya tidak sanggup memikul tanggungjawab dan menjaga amanah sebagai guru.Beruntunglah bagi golongan guru yang mengharap redho dan keberkatan ilahi untuk di dunia dan akhirat.Dan teramat celakalah kepada golongan guru yang pernah berkata"awak boleh lah cakap sebab hanya jaga anak 3,4 orang je di rumah,kami ni cikgu nak jaga 40 orang murid masa mengajar.Macam mana nak jaga.PIKIR LAH SIKIT".Woi cik kak! 40 orang ke,100 orang ke kena jaga dalam kelas itu tanggungjawab dan amanah kepada korang! kalau tak sanggup,jangan jadi cikgu!cari kerja lain.sebelum kamu sanggup terima jawatan kenapa tak pikir tentang tanggungjawab dan anmanah yang besar tu?!!! pikir nak gaji je!! nak pencen?!!nak cuti banyak? nak senang dapat jawatan dalam umno? atau tak nak pun tapi mintak je dapat,terima je lah?!! atau takder kejer lain yang terima korang!! BILA DAH KORANG MATI NANTI,KORANG PASTI TIDAK TERLEPAS DENGAN PERTANYAAN BAGAIMANA KORANG MENJAGA AMANAH KORANG.JAWAP LAH!!!

Juga selamat hari jururawat.hehehehe berul ker ni?? sama lah kita jaga amanah dan tanggungjawab ok!! besar tanggungjawab MISI ni!Kalau tak sanggup dan setakat nak makan gaji jer,takyah lah!rontikanlah! cari ajo kojo lain k!!

Selasa, 12 Mei 2009

HA..HA..HA..NIZAR SAH MB PERAK...

Apa cerita Najib kapal selam? Apa cerita Zambry Kadiaq? Apa cerita barua-barua umno semua? Hahaha...Malu bukan kepalang? Mana nak sorok muka? Pahit nak telan kebenaran? Masih perasan,angkuh,sombong,takbur,terhegeh-hegeh atau baru ada akai?Nizar yang kamu dok hina 2,3 bulan ni adalah MB Perak yang sah.. Hahaha...
Bertaubat,insaf dan malu lah dengan perbuatan mereka kepada sesiapa yang terlibat dalam isu di Perak ini,merampas hak dan menganiaya ds Nizar,berhati yang keji,hina dan bangsat menyalah guna kuasa merampas kerajaan PR,kemaruk,tamak dan gila kuasa.
JANGAN BERLAGAK BAGAIKAN TUHAN DENGAN KUASA YANG KORANG ADA..PERANCANGAN JAHAT ANDA TIDAK DAPAT MENEWASKAN KEBENARAN..ALLAH ITU SATU..
KRISIS DI PERAK INI AKAN MENJADI SEJARAH,PERINGATAN DAN TELADAN KEPADA SEMUA TENTANG BETAPA BUSUK DAN KEJINYA PARTI UMNO BN DAN HINDARKAN LAH DIRI DAN KELUARGA KITA DARI UMNO BN.MERUGIKAN UMAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT..

ANAK SAPER LAA...

TAHNIAH diucapkan kepada PDRM Pahang atas kejayaan mereka mengesan DADAH yang dipercayai Dadah jenis Syabu yang bernilai lebih RM 200 JUTA. Ini merupakan sejarah kes dadah terbesar di Malaysia. Harap ada pihak yang akan didakwa dan disabit atas kes ini. Harap janganlah kes ini menjadi sejarah kes dadah terbesar yang tiada tangkapan dan sesiapa disabit kesalahan,atau kes gugur sebab tak cukup bukti. Janganlah pulak dadah sebanyak ini boleh 'hilang' begitu sahaja seperti yang berlaku di Johor(Syabu RM 1 juta hilang dari simpanan PDRM Johor).. HAHAHA.... Atau pun tiba-tiba dadah berlori ini bertukar jadi 'benda' lain setelah di timbang-timbang. Lagilah lawak!! Sebab dengar kata polis Malaysia kemaruk dengan Duit Haram. Apa pun boleh jadi.
TAPI AKU NAK CERITA BAB KERAJAAN BAHLOL SEBENARNYA.. TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU HARGA AYAM NAIK.
YANG SEDAPNYA,ANAK SAPER LAH YANG CERDIK SANGAT BAGI IDEA SUPAYA RAKYAT MALAYSIA MAKAN AYAM 2 KALI SAHAJA SEMINGGU. APALAH JENIS KAPASITI OTAK MEREKA INI YERKK!!
Isunya sekarang ialah kenapa harga ayam tidak dapat di kawal dan di pantau oleh kerajaan!! Kenapa nak belit-belit dan berdolak-dalik alih pandangan kepada isu lain. Kerajaan Lemah,Dayus,Tolol dan maliul yang tidak mampu nak kawal harga ayam,rakyat yang dipersalahkan.Kononnya rakyat suka sangat makan ayamlah,banyak pilihan makanan selain ayam seperti babi,unta,zirafah,badak air,kuda laut dan siput babi boleh menggantikan ayamlah,boikot ayamlah dan macam-macam lagilah Idea Bahlol.
YANG BENGONGNYA ADA JUGAK RAKYAT YANG BONGOK BERSETUJU.Isu Harga!!Sepatutnya kerajaan wajib mengawal dan menetapkan harga ayam dari peladang-pemborong. Bukan menetapkan harga syiling kepada peniaga runcit ayam.Kalau peruncit di tetap untuk hanya boleh menjual RM 6 sekilo ayam tetapi peladang-pemborong jual kepada peruncit dengan harga RM 5.50,apa yang peruncit dapat?Maka peruncit akan jual dengan harga yang munasabah bagi mereka kepada pengguna.Kesimpulannya peruncit dan rakyat pengguna jadi mangsa.Pemborong-peladang-kerajaan gelak besar..Kerajaan RASUAH,rakyat PARAH.Apa sahaja masalah rakyat kebanyakkannya adalah berpunca dari kelemahan dan kebongokan kerajaan.
Pertama bab harga barang. Ni kita tengok pulak isu yang agak panas jugak iaitu "VSS".Sekarang aku tengok mat-mat dan minah-minah kilang Malaysia galak benar berdemo.Baru ni berdemo depan kilang marahkan tokey kerana "VSS"kan mat dan minah kilang tempatan kemudiannya digantikan dengan pekerja dari PLANET MARIKH.
Wahai mat-mat dan minah-minah kilang semua.Kenapa nak marahkan tokey kilang?Mereka buat sesuka hati mereka kerana kerajaan tidak tegas kepada tokey-tokey kilang ni!!Mereka buat apa sahaja kerajaan tidak buat apa tindakan dan membela rakyat.Punca mat-mat dan minah-minah kilang teraniaya adalah kerana kerajaan tak ambil peduli dan dayus.Kerajaan puncanya!!Lebih baik korang bersatu beramai-ramai pergi berdemo di depan PM atau kementerian berkenaan.Tuntut hak dan keadilan untuk korang.Jangan harapkan pihak lain!!Inilah tindakan yang paling bijak dan kena pada tempat dan waktunya..
Mesej ini juga untuk mereka yang mungkin hari ini sedang berkumpul bertegang urat dengan pemaju perumahan dek kerana pelbagai masalah yang dialami kepada rumah yang baru didiami ataupun rumah dibeli x siap-siap,atau rumah baru retak seribu,rumah flet masalah lif dan apa-apa lagi lah...
Apa guna berdemo,bersepanduk,bertekak,bersilat,bersilambam dengan pemaju..Bukan itu musuh dan punca semua yang sebenarnya.Pemaju tu kan bisnesman,dah tentulah penyamun..Apa yang mereka tahu ialah buat duit..Lagi jimat kos,lagi banyak untung lagi mereka suka..Apa mereka pedulikan tentang mutu dan keselamatan!!Tapi MENGAPA kerajaan tidak pastikan penyamun-penyamun tiada peluang untuk menipu rakyat yang membeli??Kerajaan pun x boleh buat apa-apa ke??Kenapa kerajaan tidak perketatkan un dang-undang untuk kelulusan sesuatu binaan?Kerajaan ada kuasa untuk selesaikan masalah ni...tetapi kerajaan tau dok nganga..Kerajaan punca dan musuh mereka sebenar! Pegi berdemo protes dengan kerajaan la..Tuntut untuk anda dan semua!Pemaju dan tokey besar yang lain penyamun,penipu,kerajaan lanun,pembelit..Rakyat buta,pekak,bisu.. Ha!! Dah kenala tu.. Anak saper la yerk!!

Selasa, 5 Mei 2009

PBT BODOH MACAM TAIK!


SEBELUM AKU POST KAN TULISAN AKU,KITA IKUTI CERITA BAGAIMANA 2 HARI AKU MENGIKUTI LAPORAN KARAM SINGH WALIA TENTANG KEGIATAN PREMIS MENGALIRKAN TAIK DARI PREMIS MEREKA TERUS KE SUNGAI DI CAMERON HIGHLAND PAHANG.BETAPA LEMAH DAN BAHLOL PIHAK KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN HINGGAKAN MASALAH TAIK PUN TIDAK DAPAT DIATASI.BUTA!PEKAK!RASUAH!BUKAN SAHAJA HOTEL,RESORT DAN BANGLO YANG SEMUANYA TIDAK MENGGUNAKAN TANGKI KHAS UNTUK KUMBAHAN DAN TAIK DI ALIRKAN TERUS KE SUNGAI,MALAH SEDERET KEDAI YANG BARU SIAP TURUT SAMA TIDAK MEMPUNYAI TANGKI KUMBAHAN YANG SEPATUTNYA.ANAK SIAPALAH YANG TOLOL SANGAT MEMBERI KELULUSAN UNTUK BANGUNAN KEDAI YANG TIDAK SEMPURNA TUH!MACAMANA PEGAWAI BANGANG TU BUAT PEMERIKSAAN KEATAS BANGUNAN TUH? BAB KUMBAHAN PUN DAH KANTOI APATAH LAGI BAB-BAB YANG LAIN! SEDAP SANGAT MAKAN DUIT HARAM SAMPAI MENJILAT JARI SANGGUP BERI KELULUSAN APA SAHAJA.BILA KES DAH KELUAR TV MULA LAH MASING-MASING BUAT MUKA TAK BERSALAH.TUNDING SANA-SINI.BARU NAK SAMAN-NAK PERIKSA SANA-SINI-NAK CAKAP ITU BAHAYA-ITU PENCEMARAN-ITU BOLEH BAWA PENYAKIT.APA YANG MEREKA-MEREKA NI TONGONG SANGAT.ORANG SEMUA TAHU PERKARA ITU MEMANG MEMUDHARATKAN,ORANG NAK TAU KENAPA BOLEH TERJADI MENDE GITU?MAKAN GAJI BUTA DAN MAKAN DUIT RASUAH ADALAH JAWAPANNYA.SIAPA NAK MENGAKU!MASALAH TAK PUN TAK LEH NAK JAGA INIKAN PULA MASALAH YANG LEBIH SERIUS.TEMBAK JER DENGAN SENAPANG GAJAH!BONGOK! BANYAK MAKAN BELACAN!

BEGITULAH HAKIKATNYA MUTU DAN CARA PERKHIDMATAN PIHAK KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.DARI PERINGKAT YANG RENDAH SAMPAI PERINGKAT TERTINGGI,DARI PERINGKAT DAERAH SAMPAI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN DARI PENJAGA JAMBAN SAMPAI PRDANA MENTERI SEMUA TAKLEH HARAP-MAKAN GAJI BUTA-RASUAH-BERLAGAK-TAK SEDAR DIRI-SALAH GUNA KUASA-KRONI-BLA-BLA

Ahad, 3 Mei 2009

SELAMAT HARI BURUH

1 Mei lepas merupakan sambutan hari buruh.Tapi di Malaysia tarikh ini hanyalah hari untuk bercuti jalan-jalan,pergi makan kenduri,buat majlis kenduri,mandi sungai-laut-lombong,tengok wayang dan tidur.Apakah tiada makna dan perngertian kepada buruh-buruh yang dimaksudkan dengan hari cuti sempena tarikh 1 mei ini.Apakah belum sampai tahap pemikiran bagi buruh-buruh ini untuk sedar betapa besar kuasa,sumbangan dan pengaruh kita.Berjuta umat yang bergelar buruh.Kita kuat dan berhak mendapat hak dan kehidupan yang lebih selesa jika kita berani,terbuka dan bersatu.Apakah kita,buruh-buruh masih tiada SESIAPA yang betul-betul membela.Mengapa tidak kita jadikan hari ini sebagai hari kita,semua buruh-buruh di MALAYSIA untuk bersatu dan berhimpun untuk berkongsi pendapat,masalah dan menuntut hak buruh yang selama ini di abaikan.Kita seharusnya bersatu tidak mengira yang masih sesak atau mereka yang sudah pun selesa dengan kerjaya masing-masing.Bersama memastikan agar tiada diantara kita yang masih terus di manipulasi diekslpoitasi oleh masyarakat,majikan,persatuan,kesatuan,kementerian dan kerajaan memerintah yang BAHLOL.Apakah kita tiada simpati langsung dengan mereka yang bergelar buruh binaan,pengawal keselamatan,pekerja pembersihan,pekerja restoran,pekerja pasaraya dan lain-lain yang terus di perah keringat tenaga untuk diperhambakan tanpa menadapat hak kwsp,waktu kerja yang munasabah,insuran,gaji minima yang minasabah keperluan asas yang mampu untuk dimiliki.Aku sanggup untuk berdebat dengan sesiapa pun seandainya ada pihak yang mengatakan apa yang aku cakap ini politik.Sampai bila kita sanggup menelan segala sandiwara,tipu-daya,diperbodohkan oleh kementerian dAN majikan? Malah majikan boleh memberi ayat'nak kerja ikut apa syarikat cakap,taknak kerja boleh balik!ramai yang nak bekerja' seandai ada diantara kita bertanyakan tentang hak! Mana kerajaan? mana aktadan undang-undang.? Lebih baik takder kerajaan terus jika majikan boleh buat sesuka hati.

DISINI AKU MAHU MENYERU KEPADA KITA SEMUA BURUH-BURUH DI MALAYSIA BERSATU UNTUK MENUNTUK HAK KITA.MALAYSIA BUMI KAYA DAN KITA TIDAK SEHARUSNYA HIDUP SEPERTI HAMBA.CUKUPLAH KITA DIPERBODOHKAN OLEH KEMENTERIAN,PERSATUAN,KESATUAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG KONONNYA MEMBELA KITA HAKIKATNYA MENGAMBIL KESEMPATAN.